Info PKG Subang Jaya
Selayang Pandang PKG Subang Jaya
Latar Belakang.
Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Subang Jaya telah ditubuhkan pada 20 Ogos 1999. PKG Subang Jaya merupakan PKG yang ke-36 di negeri Selangor dan PKG yang ke-2 di Daerah Petaling.
Penubuhan PKG Subang Jaya adalah di atas keperluan yang mendesakdi Daerah Petaling memandangkan banyak sekolah dibuka seiring dengan pembangunan.
Pada awal penubuhannya sebanyak 23 buah sekolah sahaja yang menjadi ahli iaitu 13 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah. Pada tahun 2001 ahlinya bertambah kepada 36 buah sekolah iaitu 24 buah sekolah rendah dan 14 buah sekolah menengah.
Kini keahlian PKG Subang Jaya menjadi 121 buah sekolah yang di bahagikan kepada 4 zon pengurusan iaitu Zon Subang Jaya, Zon Shah Alam 1, Zon Shah Alam 2 dan Zon Damansara.
PKG Subang Jaya merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan yang memberi khidmat kepada guru-guru setempat bagi hal-hal profesional yang mengutamakan pelaksanaan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungi Kami:
Pusat Kegiatan Subang Jaya.
D/A SK SS17, Subang Jaya,
Jalan SS19/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor.
No. Tel: 03-56382935
Fax: 03-56382935
E-mail: pkg_subang_jaya@moe.edu.my


