Program ini merupakan program tahunan KPM yang dirusetiakan oleh BTP.

(klik untuk surat arahan)

Program ini akan dilancarkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong pada 24 Oktober 2012 dan bertempat di SMK Seksyen 9, Shah Alam.

Pada masa yang  sama, bagi sekolah yang mengambil bahagian, program membaca selama 2012 saat atau 33.5 minit dijalankan diseluruh negara. Ini bermakna ini berjalan serentak di seluruh negara.

Antara objektif program ini adalah

  • Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan
  • Menggerakkan program galakan membaca
  • Memupuk minat membaca secara berterusan
  • Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan

 

Untuk makluman, Program Read 2012 akan bermula pada 22 hingga 25 Oktober 2012.

Antara contoh pengisian program yang berlansung selama 4 hari ini adalah

  1. Membaca beramai-ramai dalam perhimpunan khas di bawah penyeliaan guru masing-masing.
  2. Membaca secara chorus di hadapan kelas.
  3. Membaca  secara individu dihadapan kelas diikuti dengan soalan quiz berdasarkan petikan yang dibaca..
  4. Membaca dalam kumpulan.
  5. Pertandinagn dan Sesi bercerita.
  6. Pertandingan Info hunt.
  7. Projek Kitar Semula – membuat buku skrap berasaskan bahan terbuang.
  8. Pertandingan seni visual – mewarna berdasarkan lakaran Membaca Menjana  Pemikiran 1Malaysia.
  9. Program yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah

 

Bagi sekolah yang berminat untuk menyertai program ini, 50 buah buku akan diberikan secara percuma* oleh pihak Scholastic kepada setiap sekolah.

Cara mendaftar (Klik untuk maklumat lanjut pendaftaran)

  1. log in ke http://www.readtogether.com.my/
  2. Masukkan data yang diperlukan. (Jangan masukkan alamat sekolah PO Box. Alamat hendaklah yang boleh dihubungi terus oleh perkhidmatan pos. Jika tiada, alamatkan kepada PKG yang berdekatan.)
  3. Jalankan aktiviti pada tarikh yang ditetapkan.
  4. Hantar laporan (Format laporan KM1M) ke http://www.readtogether.com.my/
  5. Tunggu untuk menerima 50 buah buku percuma*.

Pendaftaran dibuka dari 1 hingga 30 September 2012

* untuk 2000 buah sekolah pertama mendaftar sahaja.

 

About the author

zuraidi wrote 78 articles on this blog.