Pihak BTPN Selangor (Bahagian Teknologi Pendidikan) telah membangunkan alamat email semua sekolah di seluruh negeri Selangor untuk diseragamkan untuk tujuan email antara sekolah-sekolah.
Pelbagai maklumat telah kami salurkan mengenai program dan maklumat yang boleh digunakan oleh sekolah secara berkala. Besarlah harapan kami pihak sekolah dapat menggantikan alamat email sekolah kepada alamat email ini untuk tujuan rasmi yang lebih seragam alamatnya menggunakan kod sekolah.
Ini adalah untuk menyeragamkan sistem email seluruh Negeri Selangor. Alamat anda akan menjadi <kodsekolah>@btpnsel.edu.my atau sebagai contoh SK Puchong adalah bba8204@btpnsel.edu.my
Caranya :
- Login ke URL BTPN Selangor http://btpnsel.edu.my
- Klik logo Projek Email Sekolah 1Selangor
- Masukan <kodsekolah> sebagai id dan katalaluan <password>
Gunakan email ini untuk tujuan rasmi. Kemudahan lain adalah sistem google talk (chat), Dokumen Online, Kalendar dan Group. Pihak BTPN Selangor bersama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam proses akhir mewajibkan semua sekolah menggunakan Email ini untuk tujuan rasmi.
Luangkan sedikit masa cikgu untuk mengundi poll di atas ?













