IQ-PSS : Tindakan GPM
Mar 02, 10
Kepada guru GPM atau Guru PSS PKG hanya ingin memaklumkan bahawa aktiviti penarafan PSS 2010 (IQ-PSS 2010) telah bermula. Makluman untuk semua GPM dan PTP PKG. Penarafan PSS bagi tahun 2010 boleh dilaksanakan secara online berkuatkuasa mulai 09-FEB-2010.
Surat rasmi akan dikeluarkan oleh JPN Selangor. Mohon guru mengisi awal sedikit untuk mengelakan masalah yang akan berlaku jika anda melakukan pada saat-saat akhir. URL IQ-PSS adalah seperti berikut http://btp.tarantula.my/
Tanggungjawab GPM:
- Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
- Isi borang iQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap.
- Masukkan catatan anda sebagai GPM.
- Cetak iQ-PSS dan majukan borang iQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
- Kemaskini iQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
- Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda.








salam. Id name no. ic kan? password lak apa ek. dah lupa.
password ? 999
Saya dah kemaskini bahagian a dan b. Tetapi nak buat ke bahagian seterusnya tak aktif dengan kata lain tak bula buka bahagian seterusnya. Hang…….penat tau isi ni, dah buat separuh jalan, hang pulak…..frust ……….
Saya sudah pun mengemaskini maklumat di bahagian a dan b. Tetapi bila saya nak ke bahagian seterusnya iaitu bahagian c dan seterusnya, menghadapi masalah tidak boleh aktif. Macamana ni. Dah penat isi tapi sampai separuh jalan dah hang……
Uiks ? Bagi katalaluan cikgu untuk kami cek … email kat saya hanif@pkg-petaling.net
saya hanya sempat buat bahagian A shj. boleh ke sambung lain kali utk bhg seterusnya?
boleh … save jer melalui butang save pada laman web tersebut
apa id n password utk masuk iq-pss?
kod sekolah ker
IQ-PSS adalah no IC cikgu daftarkan tahun lepas … password … mmm ingat-ingat lupa cikgu nie … takper ada masalah beritahu kami balik ok ?
alhamdulillah saya dah settle dan dah dimajukan ke PKG. Harap inform jika ada yg tidak lengkap
terima kasih …