Senarai Bengkel PKG 2010

Jan 22, 10 Senarai Bengkel PKG 2010

Salam hormat

Pertama sekali pihak kami memohon maaf kerana lewat mengeluarkan senarai bengkel 2010. Ini adalah kerana beberapa faktor halangan seperti penjimatan pengurusan KPM baru-baru ini.

Berikut adalah beberapa kesulitan kami. Peruntukan makan masih ada dan dibekalkan kepada pihak PKG untuk menjalankan kursus malangnya kos perjalanan cikgu tidak disertakan bersama. Seperti yang anda maklum kos TNT adalah ihsan PPD. Tahun ini PPD menyatakan TNT cikgu adalah hampir mustahil diberikan.

Dilema PPD adalah punca surat perbehandaraan yang meyatakan bahawa sebarang surat panggilan perlu disertakan TNT. Boleh keluarkan tapi jika ada yang membawa ke persatuan guru mengenai surat panggilan tanpa tuntutan perjalanan maka perkara negatif akan timbul.

Jika anda ada cadangan yang bagus sila nyatakan. Atau cikgu boleh datang pada masa cuti sekolah untuk kursus ? sukarela ?

Kita tinggalkan isu ini sehingga dipastikan peruntukan yang sebenarnya (mungkin ada berita baik seperti gaji naik barangkali ?) … berikut adalah senarai kursus atau bengkel anjuran PKG Petaling 2010

  1. Bengkel Asas Sains Perpustakaan 35 Jam (PKG Puchong dan Subang Jaya). Pendaftaran terhad 85 orang. Berminat ? sila klik sini
  2. Bengkel Aplikasi Penggunaan Linux dalam Pendidikan (PKG Puchong ). Pendaftaran terhad 40 orang. Berminat ? sila klik sini
  3. Bengkel PAKAR untuk Penyelaras Makmal (PKG Puchong dan Subang Jaya). Pendaftaran terhad 85 orang. Berminat ? sila klik sini
  4. Bengkel Penghasilan / Memuatk Naik Bank Soalan II (PKG Puchong-Matapelajaran Pendidikan Islam dan Subang Jaya-Bahasa Melayu). Pendaftaran terhad 85 orang. Berminat ? sila klik sini
  5. Bengkel Aplikasi Penggunaan Blog Dlm P & P (PKG Subang Jaya ). Pendaftaran terhad 45 orang. Berminat ? sila klik sini

Bengkel bank soalan I amat baik maka pihak PKG Petaling meneruskan pada tahun ini. Kita berikan penekanan pada subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu amnya akan tetapi kepada yang berminat kepada subjek lain anda boleh mendaftarkan sebagai peserta.

Bookmark and Share

12 Comments

  1. cekguICT /

    salam..
    Saya ingin bertanya mengenai status SSQS 2009. Kenapa pihak PKG tidak update senarai nama sekolah yang telah siap 100% semasa online?? Ini kerana hanya sekolah yang siap semasa meeting di pkg subang jaya (yang buat offline) saja di update kan. Pengetua saya akan bertanya, kenapa tak ada nama sekolah kita?..
    sedangkan saya dan kebanyakan guru telah bersengkang mata .. key in online dn submit b4 tarikh tutup lagi..
    Tolongla… prihatin la akan masalah ini.
    This is not d 1st time, last year semasa mesyuarat Pk pun perkara yang sama terjadi, … ingat kan dah update .. rupanya hmmmm…

    tolong la tolong la…. (pengetua tak cari org pkg.. pengetua cari cekgu die… mcm saya…)…
    TQ.

    • Kalau isi tapi tak lengkap dikira tak lengkap 100% (tolong periksa status selepas isi masih merah ke hijau)

      Ada masalah hubungi kami cepat-cepat

  2. Yip Cheng Yue /

    Adakah sekolah saya, SMK Taman S.E.A. ahli PKG Petaling / Subang Jaya / Puchong? Mengapa gred jawatan DG48 tidak ada dalam ‘drop down menu’ untuk Gred Jawatan? Terima Kasih.

  3. Han Poh Tin /

    Salah key in nama guru ANNISSA BINTI MOHD YUSOP untuk Bengkel Asas Sains Perpustakaan 35 jam. Pihak yang berkenaan sila buang namanya dari bengkel. Terima kasih.

  4. che yeop /

    Saya nak tanya sikit. Kenapa kursus penggunaan blog dalam P&P PKG Puchong tak buat? Kalau ada saya rasa bagus jugak tu. Saya pun berminat untuk mengikutinya. Nak ikut yang Subang Jaya dah tak boleh. Harap – harap pihak PKG Puchong boleh mengadakan kursus tersebut. Terima kasih.

    • kalau semua PKG Puchong buat nanti PKG Subang Jaya takder aktiviti pulak .. gilir-gilir lah

  5. Kenapa nama guru perpustakaan sekolah saya yang telah saya daftarkan melalui online lebih sebulan yang lalu masih tidak tersenarai untuk Bengkel Asas Sains Perpustakaan 35 jam? Adakah perlu didaftarkan semula?

  6. Christober /

    Bila tarikh untuk bengkel-bengkel 2010 akan dikeluarkan ?

    • admin /

      Tarikhnya ada dalam takwim .. cek post sebelum ini .. tapi malangnya pakej lewat diluluskan

  7. ahmad /

    Assalamualaikum,
    saya telah mengisi borang pencalonan GPB 2010. Boleh tak saya mengikuti Bengkel Pakar sedangkan di sekolah saya bukan guru penyelaras makmal komputer.
    Terima kasih

Trackbacks/Pingbacks

  1. Senarai Nama Peserta Bengkel PKG 2010- PKG-Petaling.net - [...] ahli dan kepada yang berminat anda masih sempat mendaftarkan diri anda melalui URL berikut : http://pkg-petaling.net/v1/2010/01/22/senarai-bengkel-pkg-2010-2/ Antara bengkel tersebut ...

Leave a Reply