Penegasan Luar Norm Guru PSS

Jan 13, 10 Penegasan Luar Norm Guru PSS

Pihak KPM telah mengeluarkan pekeliling mematuhi peruntukan luar norm kepada Guru PSS. Ini adalah kerana mungkin guru PSS salah faham mengenai tugas sebenar atau klausa luar norm tersebut.

Sila cetak pekeliling ini dan berikan kepada pentadbir kerana pematuhan pekeliling ini banyak diabaikan oleh pihak sekolah. Pekeliling ini keluar kerana jemaah nazir telah menegur pelanggaran pekeliling yang sedia ada.

Luar norm bukan bermaksud cikgu mengajar sedikit dan membiarkan jadual waktu tanpa memasukan aktiviti atau kerja hakiki pusat sumber. Rujuk pekeliling dibawah dan sila buat perubahan yang sewajarnya. Kami harap maklumat ini dapat membantu guru memahami dan menghayati tugas yang diamanahkan. Kurang stress sedikit bukan ?

pekeliling GPM

Rujuk pekeliling asal arahan luar norm Guru PSS sebelum ini (klik di sini)

Bookmark and Share

3 Comments

  1. Perhatian … rujuk buku PTK dan cari klausa juru taip untuk pusat sumber.

    Sebenarnya juru taip sekolah adalah untuk membantu guru PSS menguruskan pusat sumber sekolah

  2. Cikgu Rose /

    salam.. patutnya pekeliling ni dihantar sendiri oleh yg bertanggungjawab ke sekolah. jika kami GPM yang serahkan… pihak pentabdir buat tak heran jer..

    • Ini pekelilinglah bukan surat daripada kami. Pegawai awam patut mematuhi pekeliling tersebut.

      Ada sekolah yang engkar pekeliling kerajaan ?

      Kalau guru GPM tak mahu perjuangkan hak sapa lagi ? Kami dah buat termampu yang lain terserah kepada GPM nak print beri pada pihak pentadbir atau tak ?

      Fungsi PKG hanya merancang aktivti bukan memberi bantuan hayat kepada GPM.

      Nak bantu boleh … tapi berikan kerjasama 100% contohnya data maklumat pun masih sedikit kami dapat daripada Guru GPM … macam mana kami nak bantu … Cikgu kena ada inisistif sendiri .. zaman sekarang zaman gawat … kami tak boleh nak bantu cikgu macam dahulu memandangkan kekangan peruntukan.

Leave a Reply