Penilaian Prestasi Syarikat Pembekal Untuk Kontrak Bermasa Peralatan ICT Sekolah KPM- PKG-Petaling.net
Penilaian Prestasi Syarikat Pembekal Untuk Kontrak Bermasa Peralatan ICT Sekolah KPM

Penilaian Prestasi Syarikat Pembekal Untuk Kontrak Bermasa Peralatan ICT Sekolah KPM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Mesyuarat Penyelarasan Perolehan ICT Bersama Jabatan Pengguna pada 16 Disember 2009 yang lalu, pihak BTP selaku Jabatan Pengguna  telah dipertanggungjawabkan untuk mengkaji dan menilai prestasi syarikat-syarikat pembekal berdasarkan pencapaian mereka melalui kontrak bermasa yang akan tamat pada 3 Julai 2010 ini. Oleh itu, sekiranya kontrak ini ingin dilanjutkan, pihak BTP perlu memastikan hanya syarikat yang berkelayakan dan mempunyai prestasi baik sahaja yang dipilih.
  2. Sehubungan itu, pihak PKG dipohon untuk bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menilai prestasi syarikat yang telah telah membuat pembekalan penggantian peralatan ICT makmal komputer baru-baru ini.
  3. Bersama ini di kepilkan borang penilaian syarikat dan senarai semak penerimaan barang yang perlu diisi oleh pihak sekolah dan disahkan oleh PKG. Borang ini hendaklah dikembalikan semula kepada BTP selewat-lewatnya pada 22 Januari 2010. (Kami lanjutkan sehingga 31 Januari 2010 boleh ?)

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi En. Rosnizam ditalian 03-20986221 atau e-mail ke rosnizam@moe.edu.my.
Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan.
Sekian, terima kasih

Nur Hazwani Binti Sarat Juddin
Pegawai Teknologi Maklumat
Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Persiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
Tel: 03-2098 7028
Fax: 03-2098 6242
Emel: hazwani@moe.edu.my

Download borang dengan klik di sini (borang boleh di isi dua salinan jika bilangan PC melebihi 21 buah). Macam mana nak hantar ? anda boleh faxkan kepada kami ditalian 03-80619096 talian fax PKG Puchong.

Bookmark and Share


4 Responses to “Penilaian Prestasi Syarikat Pembekal Untuk Kontrak Bermasa Peralatan ICT Sekolah KPM”

  1. shahh05 says:

    nak download kat mana….?

  2. shahh05 says:

    penilaian ini untuk sekolah yang dapat alatan ict baru sahaja kan?

  3. Zuraidi says:

    macam sekolah aku tak yah kan? makmal lama. komputer lama. thn lepas takder komputer baru.

Leave a Reply