Scan Jangan Tak Scan
Akhirnya minggu nie tamat juga Kursus Kejurulatihan Rangkaian Komputer (aras pertengahan) anjuran BTP untuk PKG dan wakil BTPN daripada seluruh Malaysia. Kursus ini di Hotel Le-Paris (hahahaha jauh macam kat Paris) tapi hanya di Port Dickson jer.
So far kursus kali nie ok … walaupun agak terlewat tapi PKG dah buat bukan ? Terutama kepada Juruteknik dan Penyelaras Makmal pada awal tahun tempoh hari bukan ? Siapa nak join lagi pada tahun hadapan angkat tangan hehehee. Boleh buat tapi budget mungkin ciput ! Kita buat secara sederhana ok ?
Balik daripada PD kebetulan balik dengan bertemankan Mr Ali daripada PKG Kuang singgah sekejap di BTPN Selangor (belakang PPD Petaling Perdana) … lama jugak nak sampai hehehe biasalah badan masing-masing saiz leh tahan jugak (kena exercise lepas nie … dok angkat mouse jer). Kebetulan terserempak dengan Hj Abu Omar daripada Unit Bestari .. ada projek katanya untuk dibuat. Apa tu ? takper nanti kita cerita apa projek tu.
Tengah melintas bilik bestari ternampak mesin pelik … apa tu ? ouh cikgu tahu apa berlaku kepada Kad DHM tu ? diorang rupanya tengah scan dengan mesin scan gergasi ! Mudah jer scan guna mesin nie .. letak bawah lensa dia dia akan scan (bukan tangkap gambar sebab ada alur cahaya macam mesin photostat) terus ke format .tiff dan disimpan dalam database.
Setakat nie sahaja aktiviti kami minggu nie .. Yang lain sibuk dengan video koperat PPD Petaling Utama. Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijriah daripada kami warga PKG Petaling.










Recent Comments