Apa yang Menarik untuk 2010 ?

Dec 28, 09 Apa yang Menarik untuk 2010 ?

Apa yang menarik 2010 ? Antara projek menarik ada kampus Astro yang akan dipasang di seluruh Malaysia. Sekolah akan mendapat set Astro bersama TV LCD 32″ dan langganan percuma selama 2 tahun.

4_128x128Apa yang tak menarik ? budget kerajaan menipis dan perbelanjaan dikurangkan (Budget makan RM 3 untuk sarapan dan RM 5 untuk hidangan tengahari). Bagus jugak bolehlah berdiet sedikit. Elaun ETEMs rasanya dah tamat tahun hadapan .. teruk jugak tu nak biasakan balik cikgu-cikgunya. Harap semuanya ok.

PKG pada tahun 2010 akan mengadakan beberapa siri bengkel walaupun dalam kekurangan dana .. antaranya Kursus Asas 35 Jam Perpustakaan, Bengkel PAKAR (Pasukan Konfigurasi Rangkaian) untuk Juruteknik Komputer dan Guru , Bengkel Penggunaan Linux dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan Bengkel Bank Soalan II.

Kutipan data daripada PKG seperti biasa iaitu SSQS, SPPICTS, dan IQ-PSS. Jangan buat-buat lupa pulak ok ? Kalau ada masalah sila lihat takwim dan langgan kalendar kami dengan menggunakan Google Calendar.

Bookmark and Share

1 Comment

  1. Ya kepada yang nak download jadual pembayaran gaji sila klik sini http://www.pkggombak.com/main/wp-content/uploads/2009/12/jadual-pembayaran-gaji-2010.pdf

    Kredit kepada PKG Gombak

Leave a Reply