iQ-PSS atau SPPMB Wajib Isi Sebelum Cuti
Kepada Guru Pusat Sumber yang mendapat faks daripada kami atau email sila ambil tindakan segera kerana hanya 9 buah sekolah yang baru melengkapkan iQ-PSS kali ini.
Sila download maklumat iQ-PSS atau SPPMB melalui url kami di http://pkg-petaling.net/v1/2009/07/15/muat-turun-manual-sppmb-iq-pss/ harap cikgu dapat selesaikan secara berhemah maklumat ini.
Maaflah menggangu mood cikgu untuk bercuti. Kerja ini melibatkan data ke Pihak KPM yang mana sebelum ini Pengarah JPS menegur sekolah yang mengambil mudah arahan mereka (KPM-BTP) seperti mana yang berlaku pada sistem SSQS.
Senarai sekolah yang lengkap bagi PKG Subang Jaya (ada isu juga sebenarnya … walaupun lengkap ada yang masih ada ruang tertinggal)
- SMK USJ 12
- SK SEKSYEN 18
- SK BANDAR SRI DAMANSARA 1
- SK TROPICANA
- SK SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA
- SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA
- SJK(C) CHEE WEN
- SK SEKSYEN 13
- SK ALAM MEGAH (3)
- SK USJ 20
- SK SEKSYEN 27 (2)








Salam,
saya dah melengkapkan IQ PSS ini sejak bulan ogos, tapi saya pun dapat gak surat URGENT yang menyuruh saya mengemas kini padahal telah mendapat pengesahan pihak PKG borang penataran IQ PSS.
Terima kasih kepada yang berjaya mengemaskini maklumat iQ-PSS atau SPPMB ini.
Ya benar pihak kami akan menapis sekolah yang berjaya mengemaskini maklumat. Malangnya setakat ini daerah Puchong hanya baru 9 buah sekolah sahaja yang baru mengemaskini maklumat.
Kepada yang lupa password kami mohon cikgu menghubungi BTP en Kamarulzaman untuk mendapatkan semula password cikgu.
En Kamarulzaman Bin Ismail
Tel: 03-20987843 (direct line)
Email: kamarulzaman@moe.edu.my
Askum to En Kamarulzaman,
Bleh tolong beri kata laluan n password utk SK Pendidikan Khas Selangor,Seksyen 18.Emailkan pd saya or facebook.thanks…
saya juga telah melengkapkan IQ PSS ini sejak bulan ogos, tapi saya pun dapat gak surat URGENT yang menyuruh saya mengemas kini padahal telah mendapat pengesahan pihak PKG borang penataran IQ PSS.
Ya, saya pun dapat fax URGENT tu walaupun saya dah melengkapkan IQ PSS . Bukan apa saya takut sekolah saya disenarai tak melengkapkan borang penarafan tersebut. Sebaiknya paparkan nama 9 buah sekolah yang sudah mengemaskini borang penarafan tersebut supaya kami tidak tertanya-tanya..
Saya juga dapat Fax URGENT tu walaupun dah kemaskini data Ogos lalu.. Sebaiknya paparkan nama 9 buah sekolah tu. Bukan apa takut sekolah saya disenarai tidak melengkapkan borang tersebut.nanti masalah pulak GB kami. Terima kasih..
nanti masa bengkel kita akan dedahkan
Adakah yang status ‘menanti tindakan PKG’ akan dipanggil untuk bengkel.
Status menanti pun datang .. sekejap jer sebab buku untuk diambil dan sedikit perbincangan untuk faedah guru PSS atau GPM.
Last panggilan keluar untuk guru … sebab dengar khabarnya (berdasarkan konvensyen PPD dan dapatan kami Tan Sri Dato’ Alimuddin) tahun hadapan cikgu semua akan direhatkan di sekolah. Tiada Kursus atau LADAP lagi .. semua akan digantikan dengan program NILAM tapi khas untuk guru. Buat sinopsis 7 buah buku ganti kursus 7 hari.