Kami di PKG meragui syarikat Kaypi Technologies Sdn Bhd (106920-M) yang datang ke sekolah untuk melakukan kerja-kerja site survey peralatan sekolah walaupun mereka mendapat surat daripada pihak KPM untuk melakukan kerja pemantauan awal peralatan ICT.
Tindakan yang betul yang boleh sekolah atau penyelaras ICT sekolah boleh ambil ialah :
Syarikat ini mungkin akan datang melakukan kerja pada musim cuti sekolah. Pastikan mereka membuat temujanji terlebih dahulu dan segala tindakan mereka ditemani oleh pihak pentadbir atau penyelaras ICT untuk mengelakan kejadian tidak diingini berlaku.
Bukan kami tidak boleh berkejasama tapi memandangkan track record mereka sebelum ini kurang baik, kami nasihatkan sekolah mengambil langkah proaktif seperti memerhati dan meneliti dokumen sebelum mendatangani apa-apa borang untuk mengelakan tuntutan palsu.

akum kepada semua yg berkenaan
terutama penyelaras ICT SEKOLAH
Kaypi Technologies Sdn Bhd (106920-M) adalah adalah antara beberapa syarikat yang datang ke sekolah saya untuk membuat kerja-kerja site survey peralatan sekolah dalam masa 3 minggu ini. Saya cadangkan tuan / puan mengabil langkah seperti yang disyorkan oleh En Hanif sebab apa yang berlaku pada saya tidak seperti yang mereka cakapkan. Syarikat ini dengan bangganya menyatakan mereka mendapat kebenaran daripada KPM untuk membuat site survey peralatan sekolah. Mereka juga menyatakan ini arahan daripada PPD dan PKG daerah. Akan tetapi bila saya call pada PKG, pihak PKG tidak tahu akan hal ini. Itu menunjukkan satu pembohongan syarikat ini. mereka juga akan meminta tuan/puan untuk tandatangan dengan cop rasmi sekolah pada borang yang mereka sediakan akan tetapi mereka tidak pun melakukan kerja pemeriksaan pada peralatan ICT sekolah. Bila saya bertanyakan mengapa saya perlu tandatangan? mereka akan memberikan alasan agar senang mereka melakukan kerja baik pulih pada peralatan tersebut. Pada mulanya saya pun tidak mahu tandatangan tetapi setelah mendapat kebenaran daripada sekolah dan penerangan yang lebih detail daripada pegawai syarikat Kaypi Technologies Sdn Bhd barulah saya menandatangani borang tersebut. Akan tetapi bagi mengelakkan kita tertipu,
Disini saya cadangkan tuan/ puan mengambil langkah seperti yang saya ambil selain daripada cadangan En Hanif
1. mengambil satu salinan surat kebenaran dari KPM yang mereka bawa dan meminta no H/p atau no telefon daripada teknikal mereka.
2. ambil salinan asal borang pemantauan. ( warna putih ) jangan sekali sekala mengambil warna biru dan pink kerana itu adalah salinan yang patut kita terima selepas kerja baikpulih dilakukan.
3. kepada penyelaras ICT yang bercuti pastikan tuan/puan memberi penerangan apa yang sepatutnya kepada pihak sekolah.
Terima Kasih atas respon en Din,
Sepertimana situasi di atas pihak Kaypi telah menjual nama PKG dan PPD untuk menghalalkan tindakan diagnostics test peralatan tanpa melakukan pemeriksaan yang sewajarnya.
Pihak PPD Petaling Perdana (en Asri Zain) setelah dihubungi turut menyatakan bahawa pihak syarikat masih gagal berjumpa dengan mereka sehingga sekarang.
Kami amat berharap pihak sekolah memastikan mereka melakukan tugas dengan sewajarnya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya adalah wakil syarikat Kaypitech ingin memohon maaf diatas kekeliruan dan salah faham yang telah berlaku.
Izinkan saya memberi sedikit penjelasan bagi pihak syarikat:
1. Syarikat ini dengan bangganya menyatakan mereka mendapat kebenaran daripada KPM untuk membuat site survey peralatan sekolah. Mereka juga menyatakan ini arahan daripada PPD dan PKG daerah. Akan tetapi bila saya call pada PKG, pihak PKG tidak tahu akan hal ini. Itu menunjukkan satu pembohongan syarikat ini.
PENJELASAN KAYPI :
Kami telah memohon secara bertulis untuk menjalankan aktiviti Audit/Diagnostic Visit daripada pihak KSU KPM,BTP,BTPN Selangor dan JPN Selangor dan kesemua pihak tersebut telah memberikan kebenaran secara bertulis kepada pihak kami. Kami juga menerima salinan surat daripada JPN Selangor yang ditujukan kepada PPD Petaling Utama,Petaling Perdana dan Hulu Langat bertarikh 28Ogos2009 yang menyatakan tentang aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak Kaypi dan surat tersebut juga memohon pihak PPD memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah. Oleh itu kami memohon maaf sekiranya masih berlaku kekeliruan tentang perkara ini dan kami akan berusaha untuk memperbaikinya.
2. mereka juga akan meminta tuan/puan untuk tandatangan dengan cop rasmi sekolah pada borang yang mereka sediakan akan tetapi mereka tidak pun melakukan kerja pemeriksaan pada peralatan ICT sekolah. Bila saya bertanyakan mengapa saya perlu tandatangan? mereka akan memberikan alasan agar senang mereka melakukan kerja baik pulih pada peralatan tersebut. Pada mulanya saya pun tidak mahu tandatangan tetapi setelah mendapat kebenaran daripada sekolah dan penerangan yang lebih detail daripada pegawai syarikat Kaypi Technologies Sdn Bhd barulah saya menandatangani borang tersebut.
PENJELASAN KAYPI:
Pihak kami sememangnya bercadang untuk menjalankan pemeriksaan keatas peralatan ICT yang terlibat disekolah.(Ia adalah cadangan asal kami kepada pihak KPM) Namun demikian, pada seisi mesyuarat di JPN Selangor bertarikh 29hb Oktober2009,jam 10 pagi, dipengurusi sendiri oleh KUICT,En.Abdullah Nordin dan dihadiri oleh kesemua wakil PPD Negeri Selangor dan BTPN; Mesyuarat memutuskan bahawa pihak Kaypi hanya boleh masuk kesekolah untuk mengambil data peralatan ICT yang terlibat dan tidak dibenarkan sama sekali menyentuh peralatan ICT di sekolah. Kami juga yakin wakil PPD Petaling Utama,Petaling Perdana dan Hulu Langat hadir pada mesyuarat tersebut.
Perlunya pihak sekolah menandatangani borang tersebut adalah kerana ia sebagai pengesahan bahawa data peralatan itu adalah benar dan supaya pihak Kaypi tidak sewenang-wenangnya menyerahkan jumlah peralatan yang salah kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Untuk makluman tuan/puan, bagi aktiviti Audit/Diagnostic Visit ini, pihak Kaypi tidak dibayar oleh KPM untuk menjalankan aktiviti ini. Ia adalah inisiatif pihak Kaypi bagi mendapatkan data jumlah peralatan dengan tepat bagi tujuan persediaan kami untuk menjalankan penyelenggaraan di daerah tersebut pada tahun depan 2010.
Sekali lagi kami memohon maaf sekiranya berlaku salah faham terhadap pihak Kaypi.
Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh bagi memulihkan nama syarikat kami dan memohon agar kami diberi peluang untuk membuktikannya dan seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik buat semua.
Saya boleh dihubungi di talian 03-55692386 (Nik)
Sekian Terima Kasih.
Sepatutnya satu minit mesyuarat atau surat daripada Jabatan Pelajaran Selangor menyatakan bahawa peralatan tidak boleh disentuh.
Pihak Kaypi dalam post diatas menyatakan :
Mana minit dan surat yang menyatakan perkara diatas ? kami di PKG tak tahu menahu langsung … yang ada pada kami surat asal daripada KPM … rasa disini sekolah salah faham setelah membaca surat kuasa kerana surat arahan asal membuat diagnostic test. Harap dapat membuat penjelasan dan dapatkan arahan baru daripada pihak JPN Selangor.
Assalamualikum,
Saya mohon maaf dan akui salah faham ini berpunca dari kesilapan kami. Saya akan segera mendapatkan minit mesyuarat daripada pihak JPN Selangor dan kemukakan kepada pihak tuan.
Saya benar-benar berharap agar pihak tuan dapat memberi peluang kepada kami membaiki kesilapan kami.
Sekian Terima Kasih.
Kenapa Pihak JPN, PPD dan PKG macam tak berkomunikasi antara satu sama lain. Beri la maklumat dengan tepat agar pihak sekolah tak tercangak-cangak dan terangguk-angguk. Padahal kalau dah minit mesyuarat tu tak kan la PKG tak dapat…bukan kah sepatutnya itu pekeliling dalaman…Akhirnya pihak sekolah jugak yang jadi mangsa…peralatan masih tak dapat digunakan…pihak syarikat (apa-apa pun) suka melepaskan batuk ditangga…bukan sekali tapi dah banyak kali…syarikat datang dulu dari pekeliling. susah la macam ni.
Memang kami tak dapat .. satu lagi surat KPM dah ada .. kami suruh syarikat turun melaksanakan kerja ikut arahan surat KPM tu. Kalau ikutkan kuasa surat KPM tu dah menjelaskan segala-galanya melangkaui arahan meeting JPS.
Lagipun dia buat survey laa … dia tak janji pun dalam surat nak buat selenggara. Baca la surat tu betul2 paham dan tanya kalau kurang jelas … kami nak bantu sekolah ler nie. Haa borang harta modal kad DHM ada 30 buah sekolah tak hantar lagi nie .. bila nak hantar BTP nak buat budget selengara nie.
Salam, nmpknyer guru ICT perlu mengambil perhatian serius, jika tidak masalah lain yg timbul.
thanks atas maklumat dr PKG.
ya terpaksa beritahu sebab syarikat ini menjual nama PKG dan PPD … hempeh tul lah
Assalamualikum,
Saya akan segera menghalang juruteknik dan pegawai saya daripada menggunakan nama PKG /PPD dan akan pastikan mereka tidak memberi maklumat yang salah kepada pihak sekolah. Terima Kasih diatas peringatan yang diberikan dan mohon maaf diatas kesulitan yang timbul.
sek saya dah 3 syarikat datang nak repair laptop…kaypi ni syarikat ke 4…semua bawa surat sama ada dari kpm or ppd or pkg…mane nak tau intan dan permata
Assalamualaikum Cikgu Kamarul,
Pihak Kaypi datang ke sekolah bukan bertujuan untuk repair laptop. Kami hanya datang untuk mengambil data peralatan ICT yang akan diselenggara oleh kami pada tahun 2010.
Pihak JPN Selangor tidak membenarkan kami menyentuh peratan ICT di sekolah semasa lawatan ini.
Mohon maaf diatas kekeliruan yang timbul.
Nik
Kaypitech
http://pkg-petaling.net/v1/2009/10/09/selenggara-ict/
yg ni cite ape pulak ye?
Syarikat Kaypi tu lah … dah maklum kepada kami tapi jadi cerita lain pulak …
Diagnostic Visit atau Test haram tak buat pun
Salam,
Pihak kaypi dah datang sekolah saya dengan alasan nak buat statistik. Tapi bila baca surat kebenaran KPM, sebenarnya mereka ni patut buat diagnostik test dulu. Diorang ni buat kerja senang, minta fail harta modal, senarai peralatan rosak, tulis maklumat atas borang pemantauan pastu terus minta tandatangan. Tak buat pun diagnostik test dulu dengan alasan tak sempat. Bila saya cakap saya tak nak tandatangan kalau diorang tak buat diagnostik test, baru kelam kabut nak on pc semua. Sempat pulak?.. Bila saya tak nak tandatangan bahagian PPSMI, ‘bos’ kepada pihak kaypi yang datang tu seperti memaksa saya tandatangan juga bahagian PPSMI konon2nya data tersebut hanya untuk kegunaan statistik. Tak buat kerja, tapi nak tandatangan seperti dah buat kerja? Saya minta diorang datang esok dan deal terus dengan guru PPSMI.
Wah ! Tahniah cikgu … tindakan yang betul berdasarkan arahan surat KPM
Assalamualaikum,
Kami mohon maaf diatas maklumat salah atau tidak jelas yang disampaikan oleh wakil kami kepada pihak tuan.
Segala kerja-kerja penyelenggaraan samaada diagnostic mahupun baikpulih akan dijalankan apabila kontrak bermula pada tahun hadapan(2010).
Kami ambil maklum tentang komen yang tuan berikan dan akan berusaha memperbaikinya.
Sekian Terima Kasih.
siapakah name boss tu?
sekolah mane nie????
siapakan nama yg dtg memakse tu??
sekolah mane ni?
Tahniah kepada semua penyelaras ICT sekolah . buat mana yang patut. jgn kita tunduk akan kemahuan mereka semata-mata.
pening….
jgn pening2 k. buat yang betul mesti tak pening.kalo buat tak betul orang len akan ikut pening
hmm..memang pening.saye baru dpt surat petang td..
saye rase kebanyakan technician yg dtg utk baiki komputer kat skola bermasalah.xkisah la dr syarikat mn pun.sume nk amik langkah mudah.
malas nk cite pjg..memang merumitkan..
ade ke ganti lcd yg rosak dgn tanpa cable, controller n beg nyer?
technician dari syarikat mana tu ehh yang buat macam tu?
senang cite, kalau tak de surat drpd ppd, jgn layan. Itulah yang saya beritahu pada pihak syarikat kaypi
tech. dr aliran tenteram
saye x sign pon borang die.bile ty nape xlengkap alatan yg diberi..die pon xtau..
agak konpius kat c2.alasan die,same jer cable ngan lcd yg rosak tuh..amik jer yg lame..
hmm, lagi satu. en hanif saye mengalami kesukaran kalau penyelenggaraan di buat pd ujung thn.so sy nk mtk jase baik en hanif pjgkan pada ppd supaya kalu berkaitan penyelenggaraan ict xkire ppsmi, jgn wat mggu akhir coti skola..mmg saye alami kerumitan sbb cikgu2 suda anta notebook n lcd serta kunci bilik kebal pd KB.
rasanya dah habis kerja penyelengaraan nie … sebab kita pun tahu semua dah masuk bilik kebal dan laptop cikgu dah bawa balik ke rumah atau kampung masa cuti sekolah.
Memang kita dah maklum hal ini. tak tahu pula kalau barangan dalam waranty selenggara oleh syarikat swasta memang datang masa cuti .. tak dapat nak elak sebab takwim diaorang takder cuti sekolah
hmm.. technician yang dtg ke sekolah saya tempoh hari nampak confused je bila saya mintak surat dan tanya dari syarikat mana.. amat mencurigakan..
tapi saya dah baca surat n confirmkan dgn penyelaras baru la saya benarkan dia masuk ke makmal..
dan cikgu2.. tolong la, tunggu dalam makmal semasa mereka (org luar) ada di sana.. jangan berikan mereka kunci dan tinggalkan je mereka untuk buat kerja mereka.. sangat merbahaya..
saya tahu ramai cikgu buat macam ni sbb banyak tugas lain yang perlu diselesaikan..
anyways, terima kasih yang tak terhingga kepada pihak PKG untuk maklumat yang sangat berguna ini..
Hmmm….. Pepapun
langkah penting……
Buat salinan Kad Pengenalan orang yg datang diroag leh tunjuk surat KPM kiter pon takder Surat Turun Kuasa @ Surat siaran dari KPM/PPD/JPN
Sekiranya perkara yg tidak diingini spt scammer international gunakan ic tu otk track back……..
Pay Back time………….~~
Setuju..copy je ic org yg dtg tu..senang klu ada apa2..boleh buat rujukan..nak report kat polis pun memudahkan jugak nanti!!!