Program Read 2009

Oct 19, 09 Program Read 2009

festival_of_booksKami menerima email daripada meja Pn Nik Asma bt Nik Ahmad (Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN Selangor) yang menyatakan satu program membaca iaitu Read2009 anjuran Scholastic.

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua PKG yang dikasihi sekalian, Berikut adalah senarai sekolah yang telah dicalonkan oleh BTPN Selangor untuk terlibat dengan program Read2009 anjuran Scholastic.

Program ini merupakan sekolah yang terlibat akan membaca serentak pada 5 november 2009 selama 9 minit. Sekolah yang terlibat akan menerima sumbangan buku sebanyak 50 naskah dan bagi sebuah sekolah yang terlibat, sebuah sekolah lagi akan menerima sumbangan sebanyak 200 naskah buku.

Mohon kerjasama tuan/puan supaya dapat menghubungi GPM sekolah ahli tuan/puan terlibat. Sila hubungi Scholastic untuk menyatakan persetujuan sekolah melibatkan diri. Scholastic memerlukan jawapan secepat mungkin.Pihak scholastic akan menghantar bahan-bahan promosi sebaik sahaja persetujuan diperolehi.

Sebarang kemusykilan, sila hubungi saya.

Nombor telefon scholastic untuk dihubungi ialah Sophia Lee
(03-79578698 / 016-2297727.

Saya yang menurut perintah

Nik Asma Bt Nik Ahmad

Harap semua sekolah yang terlibat dapat memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan program ini. Sekolah yang terlibat adalah seperti berikut :

  1. SMK Bandar Baru Batang Kali
  2. SMK Sungai Besar
  3. SMK Dato Harun
  4. SMK Bandar Baru Salak Tinggi
  5. SMK Puchong Utama
  6. SMK Perimbun
  7. SMK Gombak Setia
  8. SMK Telok Panglima Garang
  9. SK Seksyen 9
  10. SK Seksyen 19
  11. SK Taman Kosas
  12. SK Bukit Rahman Putra
  13. SK Taman Seroja
  14. SJKC Pui Ying
  15. SJKT Batang Berjuntai
Bookmark and Share

Leave a Reply