Apa kami nak cakap lagi ? nasi menjadi bubur ! Akibat keengganan pihak sekolah mengisi maklumat SSQS (Program Penarafan 5 Bintang) pihak Jabatan telah mengarahkan semua sekolah mengisi data pada 27 dan 29 hb Oktober 2009 ini.
Siapa yang terlibat ? Guru ICT atau Guru Penyeleras Bestari
Surat telah dikeluarkan oleh PPD Petaling Perdana pada hari ini (Jumaat) melibatkan 125 buah sekolah. Antara agendanya ialah taklimat bagaimana hendak mengisi sistem SSQS secara offline pada 27 hb Oktober 2009 ini dan pada 29 hb Oktober pula pengisian data secara on-site di PKG Subang Jaya (SK SS17, Subang Jaya)
Apa yang cikgu perlu bawa ? Sila jangan buat-buat lupa ok ?
Pihak PKG telah banyak berdiplomasi dengan pihak sekolah … sekarang maklumat ini telah turun daripada pihak KPM kepada Pengarah Pelajaran Selangor yang mana sekolah dalam daerah petaling gagal melengkapkan data yang dikehendaki.
Stress ? entah macam nie cikgu tak stress ker ?

jika sekolah yg sudah isi..adakah perlu pergi juga?
Pergi la untuk taklimat dan bantu rakan-rakan.
Tak datang nanti sekolah kena jawab pulak Pengetua dan Guru Besar cikgu.
pukul berape yer taklimat pada 27hb?
n pukul brape pulak pengisian data pada 29hb?
Tengok surat sebab nie program PPD Petaling Perdana.
Tapi kalau tak silap 27hb Oktober 2009 (jam 2.00 petang) manakala 29hb Oktober 2009 (8.00 pagi – 4.30 petang). Harap maklum
Sabo yop sabo… hehe..!!
salam…selama nie saya hanya jadik pemerhati sahaja tetapi kali nie sy tak boley duduk diam dah…sy nak suarakan jugak pendapat saya…supaya org lain tahu dan ambik perhatian….yang pertama sekali pasal program SSQS nie…sy sebagai penyelaras ict sekolah sy mmg boley dikatakan setiap ari sy bukak website pkg nak tahu perkembangan terkini….sampaikan ari ahad pun sy bukak…
sekolah sy tak ada pusat akses…tak ada dapat projek fiber optic..tak der dapat upgrade line schoolnet, tak der dapat makmal pengkomputeran fasa berapa ntah..yg dapat tahun lepas…yang pelik bin ajaibnya…sekolah yg baru bukak tak sampai 3 tahun dah dapat makmal komputer baru sedangkan banyak makmal komputer fasa 1 tahun 2002 sudah tak boley pakai…dah tu tak dapat juruteknik ft41 ataupun fasilitator schoolnet…
berkenaan ngan program SSQS pula, disebabkan tak dapat benda2 tu suma…sy redha tetapi sebenarnya sy tak puas hati sbb sekolah2 yang bukan sekolah bestari ataupun sekolah yang tak dapat pusat akses TIDAK DIMAKLUMKAN perlu membuat SSQS tu tahun ini…sy tahu pasal SSQS nie sebab masa sy kursus ict tahun lepas ramai di kalangan rakan2 sy daripada sekolah lain kena buat sbb mereka ada pusat akses dan sekolah mereka adalah penerima makmal pengkomputeran fasa baru tahun lepas….pada tahun nie tanpa sebarang taklimat daripada pkg/mana2 pihak…setahu sy pkg cuma buat 1 taklimat sahaja pada tahun nie…tak silap sy pada bulan 3 ari tu…kepada penyelaras bestari/penyelaras makmal komputer/penyelaras ppsmi…dan semasa taklimat berkenaan hanya dimaklumkan mengenai SPPICT dan juga STS sahaja…soriilah kalau cikgu sekolah sy yang hadir tak bagitau ada makluman mengenai SSQS…bila sy tanya..dia cakap dia pun tak tau pasal tu…sy tak salahkan cikgu nie…sbb dia adalah cikgu baru posting…cikgu yang menelan bulat2 apa yg diberikan kepadanya….
berbalik kepada SSQS tadi….sebelum surat amaran dikeluarkan oleh pkg…mana2 cikgu yang selalu melawat laman web pkg…mmg dah sedia maklum ttg SSQS yang wajib diisi oleh semua sekolah…nak ikutkan pengalaman sy…sy kena bangun pukul 2 pg utk key in data SSQS sbb nak buat masa peak hours…mmg berjanggut tunggu….datang pulak berita semua penyelaras ict kena hadir taklimat dan pengisian secara offline sahaja…..dimana keadilan bagi penyelaras ict sekolah yang telah menghantar SSQS tepat pada masanya????takkan kami terpaksa buang masa jugak nak isi balik???
nak suruh ajar pada yg tak tau nak isikan SSQS???kenapa tak ajar macam ajar budak sekolah???ajar kat depan secara langkah demi langkah…then suruh cikgu tu buat sendiri…kalau nak suruh cikgu lain ajarkan sampai ke kiamat pun cikgu tu tak nak belajar buat..sbb dia tau ada cikgu lain akan tolong dia….kata ppd akan buat surat amaran pada sekolah yang tak isi lagik….tapi kenapa seolah2 suma sekolah kena tempiasnya???dah lah hujung minggu nie nak kena hantar daftar harta modal lagik…nak suruh buat salinan pas tu nak buat rumusan lagik…ingat penyelaras ict tak der keje ker???komp rosak…panggil kitaorg….nak install printer pun panggil kitaorang…kalau bebanan waktu mengajar kurang tak per la….nie tak…sama macam cikgu lain…
satu lagik…tahun nie ajer data STS kena isi 2 kali….borang kew pa 9 kena antar 3 kali….suruh buat dari awal tahun..tapi sampai ke la nie….sekolah nak tutup dah baru sampai budget….bukan nak komplen banyak2….tapi cuma menyampaikan apa yang tersurat dan tersirat di hati…kalau mengata belakang..nanti berdosa…dikatakan mengumpat..nie sy kata depan2…bukan lah nak salah lah sesiapa tapi…cuba lah ambil tindakan yang sewajarnya….jangan hanya disebabkan nila setitik..rosak susu sebelanga…..
Salam kepada Cikgu Myzal, Terima kasih kerana perihatin maklumat di web PKG.
Projek LAN sekolah, POC itu semua projek eksperimen KPM kepada sekolah. Kami tak ada kuasa untuk menentukan kepada siapa yang nak dapat. Kalau boleh kami nak bagi semua sekolah.
Berkenaan SSQS ini, telahan cikgu memang benar. Sebelum ini hanya sekolah bestari sahaja yang terlibat. Pihak KPM mengarahkan semua mengisi SSQS untuk membandingkan apa kelebihan Sekolah Biasa dan Sekolah Bestari.
Memang kami tak buat taklimat mengenai SSQS tapi kami menghantar surat untuk cikgu akses melalui laman web ini. Manual diberikan sebelum digunakan. Tolong la baca manual tu dalam laman web dia pun ada.
Berkenaan guru yang menggantikan guru lain pergi taklimat .. guru yang balik taklimat tu tak buat minit curai ? Prosedur ada tapi cikgu tak ikut.
SSQS sebenarnya mengambil masa yang agak singkat untuk di isi jika masing-masing sedar tanggung-jawab sebagai penjawat awam. Sebenarnya cikgu boleh mengarahkan mereka mengisi sendiri di rumah masing-masing. Cikgu kerja pukul 7.00 pagi – 1.30 tengahari masa senggang cikgu boleh isi di rumah tentang maklumat SSQS. Kena la korban siket masa tuisyen atau kerja part-time tu.
Isi data SSQS tak perlukan kemahiran yang tinggi. Sebab kebanyakan guru yang posting di Maktab tahun 1990-an dan Guru lepasan KPLI masih buta IT ? Berat masalah nie. Internet dah diperkenalkan sebagai subjek elektif sejak awal tahun 1990-an lagi di Maktab perguruan.
Kerja banyak di Makmal Komputer ? Mana pergi AJK Makmal Komputer ? Cikgu tak boleh hidup sorang-sorang dalam makmal tu. Buat kertas kerja .. buat aktiviti ! Jangan sekadar AJK lekat di dinding makmal jer.
Fasal STS tu tuan-puan boleh maklumkan kepada BTP. Email masalah cikgu mengenai STS ke btp@moe.edu.my. Kami hanya menjalankan tugas.
Terima Kasih dan Tahniah kepada yang sudah melengkapkan SSQS
Sebagai guru kita kena banyak bersabar. Kepada yang sudah melengkapkan maklumat SSQS cikgu masih perlu hadir untuk mendengar amanah daripada PPD. Borang rumusan pun nak kena hantar bukan ?
terima kasih atas maklum balas daripada pihak admin…ini terbukti pihak admin mengambil berat atas setiap komen yang dihantar…dan kepada LePak…seperti yang sy cakap…bukan sy marah…cuma menyuarakan sahaja…sy rasa…kalau ikutkan bilangan sekolah men dan rendah di petaling perdana…yg sy konfirm..sek men ada 43 buah sekolah…sek rendah…saya tak pasti…tetapi…dlm banyak2 sekolah tu…mesti ada penyelaras ict yang berpendapat macam sy..cuma antara berani dengan tak berani sahaja nak postkan reply…sy mewakili sebahagian yang tak berani tu…kini..sy nak respon komen admin…
“Memang kami tak buat taklimat mengenai SSQS tapi kami menghantar surat untuk cikgu akses melalui laman web ini. Manual diberikan sebelum digunakan. Tolong la baca manual tu dalam laman web dia pun ada.”
respon saya : pada pendapat admin…berapa ramai penyelaras ict yang tgk laman web pkg???sekolah men yang ada subjek ict tingkatan 4 dan 5 pun kadang2 tak tgk jugak…tu sekolah yang ada subjek ict…belum sekolah rendah ataupun sek yg tak ada subjek ict….oleh itu…walau secanggih mana pun teknologi sekarang..prosedur surat yang lama masih dititik beratkan…hantar surat secara kertas ke sekolah2…apatah lagi sesetengah sekolah tiada schoolnet (masalah schoolnet)…dan bukan semua sekolah menitik beratkan teknologi ict ini…
” Berkenaan guru yang menggantikan guru lain pergi taklimat .. guru yang balik taklimat tu tak buat minit curai ? Prosedur ada tapi cikgu tak ikut.”
Respon saya : kalau refer kepada situasi saya yang suruh cikgu lain gantikan tempat saya ke taklimat berkenaan adalah kerana sy bakal meninggalkan sekolah saya pada hujung tahun ini…dan sy ingin memberi pengalaman kepada guru yang bakal menggantikan sy untuk dia mengetahui selok belok ict sekolah…ttg minit curai…mmg guru itu ada buat minit curai tetapi…sy sendiri tgk notes dia…dalam buku nota yang ditulisnya semasa taklimat itu, tiada pun diperkatakan ttg SSQS…(itu main point saya) benda lain…STS atau SPPICT mmg dia ada nyatakan pada saya…
“SSQS sebenarnya mengambil masa yang agak singkat untuk di isi jika masing-masing sedar tanggung-jawab sebagai penjawat awam. Sebenarnya cikgu boleh mengarahkan mereka mengisi sendiri di rumah masing-masing. Cikgu kerja pukul 7.00 pagi – 1.30 tengahari masa senggang cikgu boleh isi di rumah tentang maklumat SSQS. Kena la korban siket masa tuisyen atau kerja part-time tu.”
-Respon saya : ingat suma cikgu buat keje part time atau buat tuisyen ker???jangan disangka semua cikgu buat keje part time atau keje tuisyen….keje sekolah tu pun…kalau ikutkan time 7.00 pagi sampai kul 5.00 pm pun belum tentu abis lagik….sebenarnya banyak keje tu bukan melibatkan tugas tidak rasmi tetapi..kami juga kena menyediakan kertas soalan peperiksaan, kena jalankan program sekolah, kena tanda kertas exam, belum masuk lagik kerja pengurusan panitia, kerja pengurusan makmal dan sebagainya…admin…come on lah..tak kan lah tak tau bebanan guru macam mana….sy percaya admin adalah seorang bekas guru yang pernah mengajar di sekolah sebelum berkhidmat di pkg…bak kata org…cikgu nie serba boleh…pelbagai bidang dia boleh buat…ttg nak suruh respondan masing2 isi sendiri di rumah…kalau respondan itu cikgu yang lagik 3tahun nak pencen..mmg dia dah tak pedulikan ttg ict nie…siapa nak buat utk dia??penyelaras ict jugak kena buatkan..
“Kerja banyak di Makmal Komputer ? Mana pergi AJK Makmal Komputer ? Cikgu tak boleh hidup sorang-sorang dalam makmal tu. Buat kertas kerja .. buat aktiviti ! Jangan sekadar AJK lekat di dinding makmal jer.”
respon saya : macam marah ajer….ada tanda seruan lagik…ajk makmal komputer…hmm…satu pesoalan yang baik…satu sekolah…diperuntukkan berapa cikgu yang berkemahiran ict???3?4?5??atau 10 orang???dan sy tahu ajk makmal komputer tidak semestinya di kalangan guru yang ada skill komputer…tetapi…boley juga di kalangan pelajar…berapa masa yang penyelaras ict peruntukkan untuk mengajar cikgu yg tak ada kemahiran ict nie???ada dlm jadual waktu ker???by the way…bukan semua penyelaras ict tu ada degree dlm sains komp ataupun IT….dan bukan semua penyelaras ict tu tahu tentang benda2 teknikal ttg komputer ini..sy bagik contoh..paling dekat diri saya…wpun sy berkelulusan degree IT tetapi sy mmg tak tahu mengenai benda2 teknikal ttg komputer..apa kerosakan sesebuah komputer…and yet…suma penyelaras ict dikehendaki mengenalpasti apa masalah kerosakan komputer itu sendiri utk dimasukkan ke dalam data STS…kalau sy sendiri pun dah susah…apatah lagik cikgu yang tak ada pengetahuan ICT….
“Sebagai guru kita kena banyak bersabar. Kepada yang sudah melengkapkan maklumat SSQS cikgu masih perlu hadir untuk mendengar amanah daripada PPD. Borang rumusan pun nak kena hantar bukan ?”
Respon saya : sabar itu separuh daripada iman…disebabkan bersabarlah sy menyalurkan ketidak puas hatian saya di laman web pkg supaya pkg boleh salurkan info ini kepada pihak yang sepatutnya….kami…hanya menurut perintah…dan kami, penyelaras ict sekolah..bak kata org tak boleh langkah bendul…mesti ikut prosedur…jadik..sy amat berharap agar pihak pkg dapat memaklumkan masalah yang kami hadapi di sekolah kepada pihak yang berkenaan..kepada siapa lagik kami nak mengadu kalau bukan kepada pihak pkg (PUSAT KEGIATAN GURU)…berkenaan dengan borang rumusan…tarikh akhir hantar dalah pada hari jumaat (30 Oktober 2009)…dan borang itu dihantar bukan melalui softcopy tetapi melalui hardcopy..
akhir kata..sy mintak maaf banyak2 kalau kata-kata sy ada menyinggung perasaan hati org lain…maaf sekali lagik
Jadi bangau oh bangau lah pulak .. macam nie lah … datang pada 27hb Oktober 2009 nie.
Bincang ok ? Bukan semua masalah tak boleh selesai. Surat bertulis pun dah kami keluarkan dulu … dah lupa ler tu
klik kanan untuk besarkan
admin… dpt tgk sebelah je surat ni…. tolong.. ada link lain tak untuk tgk surat ni
Hmmm… nak sampuk sikitleh?…
Tak bagi pon ank sampuk gak..
hehehehehehe…
AJK sememangnye hiasan semata -mata…
What ever is nama tukang tu yg sentiasa kene… tak kira lah die penyelaras ke dier bukan penyelaras ke…
Maksud saya ialah sperti saya…
Keje saya kat skola x pegang ape ape pon… bebas…
tapi!
penama penyelaras ppsmi org len
penama penyelaras makmal org len
penama penyelaras ict org len
penama guru data org len
saya jugak buat bende tu…
huhuhuhuhuhu…
Asal ader nama komputer semuanya jadik keje saya tok ditelan…
Itujer saje nak berkngsi ngan ahli pengunjung…
Apa pon bersabarla,
jangan fikir org yg tak buat keje wat sakit hati!
Fikirkanlah yg kita ni berkhidmat untuk Negara!
hmm..skola saye xdpt lg surat
PPD dah masukan dalam Pigeon Holes surat pada hari Jumaat… kalau takder tengok pada hari isnin
perlukah bawa laptop pada 27 Oct? maklumat dalam web ni kata hanya bawa laptop pada hari Khamis 29 Oct manakala dalam surat kata perlu bawa…? mana yang betul
tak perlu cikgu hanya bawa pendrive sahaja ok … hari khamis tu baru bawa laptop ok ?
brapa kali nak kene isi ni?
hmmm isi je la, janji dalam nama sk yg tak buat SPPICT tu sk gua tak de . heheheheh
cau dulu bro…..
bro! isi ke tak… ader ke tak.. lu datang dulu ar bai!…
Kot kot ader info terbaru nanti lu tertinggal bai!
Sekolah saya … langsung belum isi ssqs untuk kutipan pertama..Setahu saya , kutipan ssqs ini dilakukan sebanyak 2 kali
untuk link surat tadi http://pkg-petaling.net/v1/wp-content/uploads/2009/10/amaran-kpm-kecik.jpg
terima kasih admin….
mmg selalu respon cepat… Mmg aktif website PKG petaling ini…
Tahniah….
nie jer saluran kami ada yang maklumat dapat sampai dengan cepat dan murah
saya percaya yg kebanyakan reply website sini adalah org yg selalu wat keje. kebanyakan kita dah banyak berkorban masa dan tenaga. cuma saya harap kita tak berputus asa berusaha walaupun byk dugaan. termasuk saya ler tu..
yg jadi problem bile ada yg tak wat keje sehingga membebankan byk pihak. kita semua ada byk tanggungjawab baik secara rasmi atau tidak. yg paling mustahak, kerjasama.
satu lagi, kesian pkg dan guru2 aktif kena struggle camni skali. mana org btpn, ppd, jpn ataupun kementerian? senyap aje tak jawab apapun. guru2 dan pkg hanya org bawah. bersuara mcmanapun x guna kalo org atas tengok aje. tau2 kuar surat dan arahan mcm2. kami ni menurut perintah, tapi biarlah seragam.
Bukan cikgu tak tahu tanggung-jawab tapi bab pengurusan masa rakyat Malaysia memang fail !
Cuma kat sini berilah cadangan atau feedback macam mana nak buat penambahbaikan … contohnya fail meja .. supaya cikgu yang baru posting contohnya jelas dengan tanggung-jawab mereka. Cikgu lama pun kekadang terlupa.
Tunggu lah sistem KPI masuk ke sekolah-sekolah tahun hadapan … semua kena ada fail meja … menyusahkan guru lah tapi bagus untuk mengingatkan kepada yang lupa.
tu sebab ramai gak kawan2 aku dulu lari dari sekolah pi duduk kat kementerian atau PPD atau JPS atau LPM tak tau la kalau dorang pandai urus masa…
hmmmmm , kita tendang jer org yg tak tahu nak buat keje dan saja2 buat tak tau. tendang ke sk pulau carey. boleh gi mancing. lg lemak la diaorg tu. ehh tak leh tendang diorang tu kesitu. kita bg pool jer org yg mcm tu. baru dia tau.
cau dulu bro….
Salam En.Hanif..nak tanye bengkel penghasilan bahan cetak bank soalan pd 3-5 November ni nak kena bw ape?laptop atau bhn2 lain perlu ke?…tq
satukan je guru data , penyelaras makmal ke, bestari ke, ICT ke..dah tentu2 ngadap komputer tak perlu libat org lain..guru data kan 15 waktu je..kesian tau kalau penyelaras ICT 30 waktu..terkejar kejar..lantik mereka2 yang betul mahir..jimat tenaga kerja..biar cikgu lain fokus kat p&p je..alangkah bahagianya…murid tu ko bisnes kita..cikgu patutnya mengajar..kalau jaga rekod atau buat report biar yang berkaitan murid je..yang lain2 letak bawah pentadbir..guru data sekolah aku sempat baca novel lagi..entah apa2..
Memanglah kali nie terkejar-kejar. Tercirit dah .. saya balik hari tu pun kul 9 malam sampai rumah.
Sebab ada sekolah ambil mudah bila SSQS nie dilaksanakan … kenapa ada 30 buah sekolah boleh isi dengan sempurna ?
sebab ada yang tahu awal dan ada yang baru tahu….itu la sebabnya…taklimat tak de tapi kena buat….kenapa gombak boleh buat taklimat 2 kali…ppd petaling tak buat langsung…surat pun ada yang dapat ada yang tak….
Macam ok juga cdgn anis tu…. tapi mungkin banyak sgt pulak tugas guru tu nanti…. tercirit juga last2…. apa2 pun munngkin boleh buat cdgn kepada pihak yang berkenaan …. supaya pengurusan maklumat2 berkaitan teratur… Siapa yang lebih bertanggungjawab bahagian akademik , koku , murid dan ICT….
akum…..taklimat tak de…surat tak dapat….tiba-tiba dapat surat amaran….pelik…siapa buat kerja macam ni……kena pergi taklimat ssqs kat gombak, pegawai yang beri taklimat pkg gombak dan guru bistari cemerlang smk sg pusu dan dihadiri pegawai ppd gombak….pegawai dari ppd petaling utama mana? tak de….kami penyelaras ict petaling utama macam penumpang saj….tanya soalan pun tak dijawab sebab yang kena jawab pegawai ppd petaling utama…..fikirla situasi ini…
Salam, sek kami x dapat pon surat amaran tuh, PKG puschong je kot… subang x dapat.. apa pon jgn marah2 kte selesaikan sama2.. tanx to myzal suarakan isi hati kami, kalau x semua pun sebahagian besar memang betul..
Assalamualaikum….kawan2 kat sini..
mmg best laman web pkg ni..
sentiasa update..
TAHNIAH pada admin.
pasal SSQS…tu..saya pun ada buat juga..
tp..yang kutipan kedua..x sempat nak buat.
so…boleh ke saya buat lagi?
saya dari bidor, perak……
Terima kasih,
Kutipan ke-dua memang masalah sebab tarikhnya hampir dengan sambutan hari raya tempoh hari.
Kutipan telah tutup walaubagaimanapun data masih boleh dibuat secara offline .. hubungi PKG terdekat.