POC Internet di Sekolah

Sep 30, 09 POC Internet di Sekolah

Apa itu POC ? POC Internet ialah singkatan Proof of Concept Teknologi Internet di Sekolah. Projek ini dilaksanakan untuk menguji ISP mana yang terbaik dalam membekalkan perkhidmatan yang paling cekap kepada KPM untuk aplikasi pendidikan.

ISP Internet yang dimaksudkan ialah semua pihak pembekal perkhidmatan internet termasuklah pihak swasta dan bukan swasta. Pengujian akan dijalankan melalui sekolah-sekolah yang terpilih tanpa melibatkan sebarang kos (pihak ISP yang layak akan menanggung kos POC sepanjang pengujian dijalankan) sehingga Oktober 2009.

Ujian yang akan dijalankan termasuklah pengujian ping ke server tertentu, Download dan Upload data, VoIP (Skype, Google Talk dsbg). Objektifnya ialah memastikan 10,000 sekolah diseluruh negara mendapat capaian internet yang terbaik bagi tujuan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran disamping kos yang efektif.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti berikut mengikut ISP Pembekal Internet Ujian

Green Packet

  1. SK Seksyen 6 Kota Damansara
  2. SK Dato Onn Jaafar

Jaring Comunications Sdn Bhd

  1. SK Seksyen 10 Kota Damansara

Optical Communications Enggenering Sdn. Bhd

  1. SJK(C) Puay Chai
  2. SK SS19 Subang Jaya

Sector Solution Sdn. Bhd

  1. SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara
  2. SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara
  3. SMK Alam Megah 2
  4. SMK Alam Megah
  5. SMK Seksyen 27
  6. SMK Pusat Bandar Puchong 1

TM (Telekom Malaysia)

  1. SMK Seksyen 11

Vtelecoms Bhd

  1. SK SS 19 Subang Jaya
  2. SK SS17 Subang Jaya
  3. SK Subang Jaya
  4. SMK Sultan Abdul Samad
  5. SMK Subang Jaya
  6. SK Padang Jawa

Best Multimedia

  1. SMK USJ 4

Sebenarnya ada 36 buah sekolah yang terlibat, akan tetapi kami senaraikan sekolah ini hanya mengikut daerah Petaling sahaja.

Bookmark and Share

1 Comment

  1. akum… harap2 kali ini dapatlah jaringan internet yang lebih baik setelah pengujian ini …

Leave a Reply