Projek STS (Support Ticketing System) masih berjalan buat masa sekarang. Walaupun masih diperingkat awal pihak kami menjangkakan ia akan berjalan bersama projek penyelengaraan oleh pihak PKG.
Terdapat kekangan daripada pengurusan kewangan daripada pihak BTPN untuk menyalurkan peruntukan. Penyelesaian BTPN Selangor ialah mengedarkan peruntukan ini melalui PPD dan sekolah-sekolah yang mempunyai PTJ.
Projek ini dikembangkan lagi oleh pihak KPM melalui penubuhan Perkhidmatan Meja Bantuan atau Central Service Desk (CSD) untuk menambah keberkesanan STS.
Cuma ada masalah daripada pihak kami .. tiket yang dibuka “open” oleh cikgu hanya boleh ditutup oleh pihak sekolah sendiri. Setakat hari ini ada lebih 900 tiket yang dibuka (kami sendiri yang buka berdasarkan hardcopy cikgu hantar). Tetapi malangnya STS ini tidak dapat digunakan kerana borang yang digunakan oleh pihak PPD adalah berlainan tidak mengikut spefikasi ISO PPD (mengikut kenyataan en Yahya PPD Petaling Utama)
Harapan kami ialah pada masa akan datang cikgu lebih matang dalam menulis laporan kerosakan. Sila nyatakan nama pelapor dan no telefon pelapor, dan jika ada kerosakan hendak ditulis sila nyatakan dengan detail kerosakan yang berlaku seperti apa yang rosak dan model.
Apa yang perlu pihak sekolah ambil tindakan ? jika pembaikan telah siap dilakukan oleh pihak PPD ? atau sekolah PTJ yang sudah membuat pembaikan ?
Itu sahaja … manakala sekolah PTJ yang telah melantik kontraktor sendiri untuk melakukan pembaikan setelah selesai sila hantar laporan ke pihak BTPN Selangor. (Laporan ringkas sahaja … terpulang pada sekolah cuma sertakan salinan pembayaran jika perlu)
Tahun hadapan kami harap segala kerosakan bolehlah dilaporkan ke STS. Arahan KPM-BTP supaya sekolah menggunakan sistem ini.
Pesanan kami kepada pihak sekolah yang membuka tiket STS dengan masalah talian schoolnet kami mohon pihak sekolah tutup tiket .. schoolnet kan ada helpdesk sendiri ? Tolong lapor kepada pihak GiTN di talian 1300 88 2888