Khidmat Bantu SMK Seksyen 24 (2)

Aug 19, 09 Khidmat Bantu SMK Seksyen 24 (2)

Pada 17-19hb Ogos 2009 pihak PKG Petaling telah mengadakan khidmat bantu ICT di SMK Seksyen 24 (2) Shah Alam. Objektif program ini ialah membantu mengurangkan kerja-kerja maintanance oleh pihak sekolah dengan memasang JuztReboot. (Tak perlu antivirus dan maintanance daripada penyelaras makmal).

Hari nie hari terakhir projek khidmat bantu ICT di SMK Seksyen 24 (2).  Projek ini di jalankan oleh dua orang Juruteknik PKG Petaling iaitu en Razif dan en Idris … berkesan bukan ?

Cuma pihak PKG tertanya-tanya apa status S41 di sekolah ? Fesilitator Schoolnet .. oh ya satu kursus untuk FT17 (Juruteknik Komputer) akan di adakan di BTPN Selangor pada bulan ini.

Bookmark and Share

13 Comments

  1. kursus FT17. tarikh bila?

    • Kursus FT17 PKG sahaja ..

      Surat Makluman mengatakan pada 24-26 Ogos 2009 (Isnin-Rabu) di BTPN Selangor.

  2. salam.. nk tnya la.. kursus2 Linux la.. sn la.. mte la… server la.. yg ditnya pd bulan Feb kalau xsilap tu bila? atau dh dibatalkan?

    • Kursus Linux dalam Pendidikan budget kena tarik cuma bank soalan jer lulus … goverments dah kering perbedaharaan.

      Tengoklah camner nanti … tahun depan ekonomi ok kita jalankan semula. Cuma kalau nak belajar datang jer ke PKG daripada pukul 8.30 pagi sampai 5.30 petang kami sedia ajar cikgu. Tunggu cikgu datang jer

  3. fariz@along /

    kursus ft tu untuk semua ft selangor ker?

    • FT yang baru dipostkan di PKG seluruh Selangor .. diaorang masih belum suai kenal lagi.

      Yang berada di sekolah belum lagi … cuma kalau boleh bantu S41 (Fesilitator Schoolnet) anjurkan kursus ICT. FT jangan bagi kursus pulak … tu tugas S41 (Gaji leh tahan jugak RM 2300.00 sebulan)

  4. nak minta tolong configure win2003 server kitorang leh?

    • aiseh server baru apa yang tak kena ? … boleh gak .. sekolah mana nie ?

      • tak kena sebab takde orang reti nak guna. nanti datangla kat sk taman universiti, dekat aje dengan hang.

        aku nak mintak tolong configure supaya masing2 ada login sendiri, boleh simpan dokumen sendiri, boleh access dokumen tertentu.. boleh ka?

  5. fuyoh … aku ingat mudah jer windows 2003 server … banyak jugak songehnya !

    Lepas nie aku nak try setupkan NAS (Network Attach Storage) untuk jadi pelayan fail. Ala macam Hardisk Maxtor tu. Sebenarnya benda nie ada OS dia sendiri bukan portable jer

    maxtor NAS

    Kalau jadi tahun depan kita buat kursusnya sekali dengan kursus server

Leave a Reply