Selamat Menyambut Ramadhan- PKG-Petaling.net
Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan bulan penuh keberkatan di dalamnya. Syukur kepada Ilahi kerana kita diberikan masa dan keizinan daripada-Nya untuk bertemu Ramadhan sekali lagi .. Al-hamdulillah.

Bulan Ramadhan mengingatkan kita kepada kepada golongan yang kurang berkemampuan, bukan setakat menahan lapar dan dahaga malah untuk kita bersedekah dan membantu golongan yang memerlukan seperti anak yatim dan seumpamanya. Ya bukanya mengatur tempat di hotel-hotel yang menyediakan buffet “pecah perut” atau nak makan apa … itu tak der maknanya seolah-olah menunda masa makan pagi, tengahari dan petang ke dalam waktu maghrib.

Tiada yang lebih teruk daripada memenuhkan perut dengan makanan yang halal tapi selepas itu semua amalan “kantoi” sebab perut kenyang .. tak elok tu ! Selamat Berpuasa daripada kami warga PKG Petaling kepada semua.

ramadhan-petaling

Terimalah skesa Upin & Ipin … Hari Pertama Berpuasa !

Ini ada pesanan daripada mr Satan sempena dia kena penjara bulan Ramadhan nie.. sedutan daripada email dan juztkhai.com

Penyimpan Mohor2 Besaq…Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua … untuk Sebulan (No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :

- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak – Bukan yang suruh!!

- Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan – Dia takdak kena mengena dgn !!!

- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat – Bukan yang dok bagi hampa MALAS tau!!

- Kalau dok pakai terdedah sana-sini – Bukan yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!

- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam – Bukan yang bagi line!!

- Kalau dok Boros sangat shopping Raya – Bukan yang suruh!!

- Kalau dok tak habis2 mengata orang – Bukan yang bagi idea!!

- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang – Memang bukan yang dok cucuk!!

Bookmark and Share


Leave a Reply