Projek Wireless SK Seksyen 18

Jul 31, 09 Projek Wireless SK Seksyen 18
Juruteknik PKG tengah buat clamping cable .. terer tu

Juruteknik PKG tengah buat clamping cable

Pada 30hb Julai 2009, pihak PKG Puchong telah diminta oleh SK Seksyen 18 untuk memasang dan konfigurasi wireless di SK Seksyen 18.

Pihak PKG telah berjaya membantu sekolah memasang sistem AP (Akses Point) jenis Outdoor dalam kawasan sekolah dengan keupayaan 500-600 meter untuk kegunaan warga sekolah SK Seksyen 18.

Objektifnya ialah menyediakan kemudahan internet kepada guru untuk kemudahan P&P dan pengisian data secara online memandangkan makmal sekolah yang uzur (fasa 1).

Peruntukan yang kami dapat tahu ialah daripada pihak PIBG sekolah (macam tu lah PIBG yang sekolah nak .. bukan bermegah-megah dengan simpanan yang banyak tapi susah nak bantu sekolah daripada segi kemudahan … harapkan kerajaan bagi terhad kemudahannya)

Pihak kami telah menguji sistem wireless AP dan berpuas-hati dengan keupayaan sistem ini (merangkumi bilik guru di tingkat satu dan kantin sekolah). Tahniah atas inovasi sekolah SK Seksyen 18 kali ini.

Bookmark and Share

Leave a Reply