Muat Turun Manual SPPMB (iQ-PSS) versi II
Jul 15, 09

[Kemaskini Terbaru] Kepada guru GPM yang tak tahu menggunakan sistem SPPMB sila download manual pengguna SPPMB yang disediakan oleh pihak kami dalam bentuk MS PowerPoint.
Sila akses sistem melalui laman web berikut http://btp.tarantula.my/. Untuk pengetahuan sistem ini akan diaktifkan pada 15hb Julai 2009. Harap maklum.
- Cara Akses Untuk PKG Puchong : Kata Laluan <750216035361> & Password <999>
- Cara Akses Untuk PKG Subang Jaya : Kata Laluan <701031025799> & Password <999>
Bilangan sudah download 1435
17 Comments
Trackbacks/Pingbacks
- Projek Wajib KPM-BTP Untuk Sekolah : PKG-Petaling.net - [...] Nota : Sistem akan dibuka pada 15hb Julai 2009. Untuk manual pengguna sila download di sini. [...]
- SPPMB Manual Terbaru : PKG-Petaling.net - [...] SPPMB atau Penilaian Kendiri iQ-PSS untuk tindakan guru GPM/PSS sudah diperbaiki dan boleh download melalui runagan download atau klik ...
- GPM Malas Membaca ? : PKG-Petaling.net - [...] Rujukan sila download manual di sini. Untuk SPPICTS & SSQS sila klik di sini var addthis_pub = ...
- iQ-PSS atau SPPMB Wajib Isi Sebelum Cuti- PKG-Petaling.net - [...] download maklumat iQ-PSS atau SPPMB melalui url kami di http://pkg-petaling.net/v1/2009/07/15/muat-turun-manual-sppmb-iq-pss/ harap cikgu dapat selesaikan secara berhemah maklumat [...]









Salam. Macam mana nak dapatkan id pengguna dan kata laluan?
Kami sedang menunggu gak nie … saya dah call admin sistem En Kamarulzaman daripada BTP tapi tak berangkat telefonya. Mungkin kelam kabut nak hidupkan sistem.
Harap bersabar ok ?
Siapa nak join jadi JU PSS ? PKG ada program untuk para guru PSS yang berminat !
Berminat ? sila email ke hanif@pkg-petaling.net maklumat diri anda seperti nama, sekolah dan no telefon
ya laa…… dah berjam tau i dok tunggu macamana nak dapatkan id pengguna dan password. Ni yang malas ni nak kemaskini macam-macam melalui on line. Dah la i ni bukan terror sangat bab -bab nak mendown load, tapi bila sistem tak berfungsi dgn lancar, mula la fed up. Masa terbuang. Banyak kerja nak buat kat PSS tau ………tolong laa………………….
Amboi .. sabarlah program nie baru dilancarkan oleh BTP … apa yang payahnya ? isi jer online untuk kemudahan cikgu jugak nanti (Cadangan Penambahan Penjawatan PT17 untuk PSS).
Jika betul maklumat dan lengkap maklumat diperolehi maka besar kemungkinan pihak KPM boleh buat sesuatu untuk bantu PSS. Merungut boleh tapi bagi la komen yang membina.
Tuan/Puan mengeji sistem nie … bukan diaorang rugi apa-apa pun. Cikgu juga yang tak dipedulikan nanti.
Ok sistem online adalah untuk memudahkan cikgu daripada berkejar sana-sini … tol lagi .. tak tahulah sama ada cikgu PSS suka bayar tol dan luangkan masa isi maklumat di PPD atau BTPN. Paling mudah jer nie penilaian kendiri masa terluang buatlah. Bukan BTP minta isi pada waktu mengajar atau kemaskini PSS tuan puan.
Jangan stress ok … tak paham tanya
Saya dah cuba klik kt ‘isi borang penarafan pss’ tapi x ada apa pun. Borang tu x boleh nak update pun. ngapa ya…
Hmm ? Cikgu dah baca manual dalam powerpoints tu sampai habis ker ? Kalau tak boleh cikgu boleh datang ke PKG hari Isnin nie untuk isi maklumat tersebut.
Langkah Pertama : daftarkan diri sendiri dengan menggunakan kata laluan sementara.
Langkah Kedua : Kemaskini maklumat dengan kata laluan diri sendiri.
Mula-mula Admin PKG Puchong kena daftarkan GPM di tab Cawangan BTP, lepas tu Klik di sini untuk melihat/kemaskini Profil Cawangan BTP (BTP-BTPN-PKG-SEKOLAH) . Kemudian klik tab Sekolah… pas tu tab Kemaskini Maklumat Pengguna dan akhir sekali Pengguna Berdaftar. Ikutlah sampai semua sekolah ahli PKG dah didaftarkan sebagai pengguna.
GPM juga boleh daftar sendiri… guna ID PKG dan daftarkan diri sendiri… so dapatlah IP Pengguna untuk GPM. Lepas tu… isi le maklumat yang lain2 tu sendiri.
Adios… selamat berjaya
Ya betul … terima kasih en Wahi
Saya rasa saya dh silap daftar la. Sorry la… Guru media ni bukannya mahir IT mcm guru ict. Mcm mana nak cancel ya. atau ada siapa2 yang saya boleh contact…
tak der masalah … kocik punya hal … cikgu daftarkan balik jer … 100 kali pun takper …
Dijamin tak meletup oleh kami !
what the hack is this iq-pss???? saya x pernah dpt briefing @ kursus apa2, tiba2 disuruh hantar pada 25 julai. korang ni gila ke apa??? nak panas la ni. korang yang terdesak org lain yang kena tempias.. saya call ppdpu berkali2 untuk bertanya, but no one answered my call. lagi mau cakap cikgu tak pandai buat kerja and macam2. siapa yang tak reti buat kerja sebenarnya??? tak cukup- cukup beban bagi kat cikgu ke? dah la sekolah saya tak ada talian internet. yang kerajaan, kita tak boleh pakai untuk personal. yang personal kenapa plak kita boleh pakai untuk kerja???mau balas, call me personally… 0163113543 (ekma)
what the heck .. what the heck … isi jer sebab kita dah beri manual
Hari tu saya bukak x de password untuk PKG Subang jaya. Hari ni ada pulak. Takut pulak nk daftar. Silap lagi haru.. Patutnya kami di panggil untuk taklimat ringkas hal ni. Baru kurang masalah yg timbul. x de budjet utk minum pun x pe kami boleh bayar sendiri….
Hmm ? Baik tersalah buat daripada duduk sahaja tengok orang salah isi ? Manual kita bagi dan no telefon kita beri.
Masalahnya PKG tidak boleh mengeluarkan surat panggilan guru keluar. Hanya PPD/Jabatan sahaja yang layak. Penarafan ISO PPD agak menyukarkan kita berurusan dengan PPD akibat pertindihan punca kuasa.
Sementara menyelesaikan masalah ini, kami buat cara online … Payah ker ?
Saya telah menghubungi pegawai BTP yang bertanggungjawab dengan sistem ini. Menerangkan masalah yang dihadapi. Isilah data tersebut perlahan-lahan, biar lambat asalkan selesai. Nak panggil cikgu mudah saje… tapi kena fikir soal makan dan TNT. Yang dekat boleh senyum le… tapi kalau yang jauh…
Berikut adalah jawapan beliau…
Salam,
Terima kasih atas keprihatinan anda.
Untuk makluman, data yang diperolehi ini akan dibentangkan dalam
mesyuarat JK Induk Gerakan Tabiat Membaca Kementerian Pelajaran
Malaysia, yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Alimuddin bin
Hj. Mohd. Dom (KPPM). Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 11 Ogos
2009.
Sehubungan itu, besarlah harapan BTP agar dapat mengumpul sebanyak
data yang boleh untuk tujuan tersebut.
Namun begitu, segala kekangan yang ada tetap diambil perhatian. Oleh
itu kita akan teruskan program ini sehingga mendapat data dari semua
sekolah.
Harap pihak tuan dan rakan-rakan PKG akan bersama saya dengan sedaya
upaya untuk menjayakan program ini.
Sekian, terima kasih.
p/s: Harap dapat maklum kepada rakan-rakan PKG terdekat.
En Wahi boleh guna butang share dalam laman web nie untuk maklumkan kepada rakan-rakan PKG.
Saya diharamkan menggunakan email rasmi buat masa sekarang (kes eduwebtv)