Guru ICT Kurang Rajin ?

Jul 01, 09 Guru ICT Kurang Rajin ?

SPPICTS telah dijalankan pada awal Jun tempohari dan dijangka akan tamat pada 4 Julai 2009. Walaubagaimanapun data yang diperolehi oleh daerah Petaling amat menyedihkan berbanding dengan daerah lain. Kami faham guru-guru ict stress dengan tanggung-jawab di sekolah. Tapi kami mohon guru ICT bagi PKG PUCHONG dan SUBANG JAYA tolong lengkapkan data ini sebelum Sabtu ini.

Kepada yang mengisi dengan sempurna SPPICTS kami percaya sekolah tuan-puan akan dapat seorang FT17 (Juruteknik Komputer) yang sedang ditempatkan di sekolah masing-masing.

SPPICTS adalah penting sebagai satu kayu ukur kepentingan ICT di sekolah masing-masing untuk penambahan jawatan di masa hadapan termasuk peruntukan mungkin peralatan dan mungkin elaun cikgu. Jangan ambil mudah walaupun maklumat yang kami minta itu kecil sahaja.

Macam mana nak kemaskini ? mudah sahaja … tuan/puan hanya log-in semula ke SPPICTS dan jika ada perubahan sila buat tambahan maklumat dan jika tiada klik kemaskini supaya status anda menjadi hijau. Untuk makluman talian schoolnet sekarang sedang proses kemaskini dan tiada halangan dalam melayari Internet.

Ada masalah ? sila hubungi En Hanif 012-6970723 ( PKG Puchong ) En Munir 013-2725320 ( PKG Subang Jaya )

15 Comments

  1. admin /

    1 Julai 2009 pula sistem SQSS akan dijalankan di semua sekolah melibat 65 responden. Macam mana pulak tu ?

    Print no pin masing-masing kerana sistem ini menggunakan no tiket yang boleh digunakan hanya sekali oleh responden

  2. dah 2julai tapi takleh key in lagi online..

  3. Awang /

    Alamak! Lupa login name n pwd utk STS la. Sekolah saya SK(1)PJ, bbb8308. Boleh tolong tak sape2 yang tahu…

    • admin /

      SMK (P) Sri Aman juga sudah reset password … Cepat kemaskini … klik butang simpan dah jadi hijau maaa ! Banyak kacang wooo

      Jangan lupa print keluar SPPICTS cop dan hantarkan ke PKG untuk mendapatkan buku dan CD tambahan untuk sekolah

  4. admin /

    ok untuk SSQS .. ianya bermula pada 15 Julai 2009 … sorry ! my mistake !

    Ok password dah reset yer … 123

  5. chedah /

    ala..cikgu ni bukan malas cuma suka wat keje last minit.tgk kalu tak caye.he..he..

  6. admin /

    Memang suka buat last minit … lepas tu bertimbun-timbun dan stress ! Terutama cuti sekolah masa nak buka sekolah.

    Masa tulah nak tanda kertas markah budak dan besok dah nak start sekolah.

  7. sqss 15hb eh? ok lega. sts bila bleh guna?

    • admin /

      Sebenarnya dah boleh guna tapi ada masalah daripada segi perlaksanaan .. kita masih menunggu fasa pertama lepas dahulu … ok baru kita onkan semula.

      Sebab kes sebelum nie terdapat data yang hilang dan kami ambil keputusan gunakan borang

  8. anis /

    guru ict rajin tak rajin tgk sekolah juga..penyelaras ict sekolah aku dgn 30 waktu mengajar, guru data 15 waktu mengajar..duduk je baca novel..aku tak salahkan cikgu..aku salahkan pentadbir tak peka…

  9. setuju dgn anis..bergantung kpd sekolah jgk..admin,tlg jgn cpt buat ‘conclusion’ yer…guru ict kena ‘kejar’ bdk2 siapkan kerja kursus..panitia lagi…makmal lagi…

  10. admin /

    Masalahnya dapatan menunjukan data yang sedemikian … posting pertama makluman ialah pada 15hb Jun 2009 http://pkg-petaling.net/v1/2009/06/15/sppicts-pusingan-kedua/ sampai tarikh tutup baru 11 buah sekolah jer baru isi.

    Lepas tu ada komen kat sini cakap cikgu memang suka buat kerja last minit. Kami di PKG meminta cikgu dengan sukarela jer nak isi takder paksaan pun … Tapi sampai ke tarikh akhir masih tak isi kami terpaksa la keluarkan nama-nama sekolah yang belum isi lagi tu.

    Bukti ke KPM bahawa ada masalah guru nak kemaskini maklumat tersebut. Baguslah nanti cikgu boleh kemukakan masalah yang dihadapi di sekolah dalam surat tunjuk sebab … mungkin cikgu bukan guru ICT di sekolah tapi terpaksa buat kerja guru ICT. Harap tak betul tekaan saya nie

  11. STS dah leh pakai, so maknanya masalah data hilang dah selesai, betul? harapnya takde perubahan lagi.

  12. Chua Sri Permata /

    Pls reset pw sekolah untuk STS … tak mahu log in walaupun sudah cuba …
    Thanks
    Chua
    SMK Sri Permata

  13. admin /

    Cikgu Chua boleh request password baru dengan email pada admin sistem STS … tapi dah cuba ker dengan kata laluan password dalam huruf besar ?

    Hantarkan permintaan reset password dengan menyatakan kod sekolah ke sts@moe.edu.my

Leave a Reply