Senarai Nama Peserta Bengkel Asas PSS

Jun 03, 09 Senarai Nama Peserta Bengkel Asas PSS

Maaf kerana bengkel-bengkel PKG tahun ini lambat diadakan atas sebab yang tidak dapat dielakan (Kementerian Kewangan lambat proses). Walaubagaimanapun jangan bimbang kerana bengkel tetap akan dijalankan cuma agak terlewat sedikit daripada perancangan asal.

Berikut ialah senarai nama peserta bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber 35 Jam yang akan dijalankan oleh PKG Puchong dan Subang Jaya seramai 40 orang untuk tahun ini sahaja.

Bengkel ini akan dijalankan pada 3-7hb Ogos 2009 di BTPN Selangor dan kepada JU PSS ada satu mesyuarat atau bengkel pendek mengenai bengkel ini pada 23hb Julai 2009 di PKG Puchong. Surat panggilan akan diuruskan oleh PPD masing-masing.

Sila download fail attachment dengan klik butang download di bawah ini. Kepada yang tidak berjaya kami harap pihak tuan / puan mengisi semula di tahun hadapan.

Seramai 487 orang telah mendownloadnya

22 Comments

  1. Rohizan /

    Nama saya tersenarai utk kursus asas 35 jam bulan ogos. Boleh ke cikgu lain ganti tempat saya. Rasionalnya ialah:

    1. Saya sudah 5 tahun dalam gred dg44, jadi saya teringin juga nak mohon jawatan yang lain dalam dg48. Dah lulus ptk dan dah isi borang pun.

    2 Kalau saya hadir kursus pasti pengetua tak lepaskan saya dari pss.

    3.Saya belum dilantik sebagai GPM pun.

    4. Saya taklah minat sangat kerja di pss ni, banyak sangat kerja. Umur saya dah 46, macam tak boleh fokus la. Lagi pun saya blur komputer, lambat belajar cepat lupa. Jangan gelakkan saya ye…..

    So, tolong jawab, boleh tak ganti dengan cikgu muda dan cekap komputer.

  2. admin /

    ok nanti masa dapat surat suruh peganti cikgu tu hadir …

    aiseh DG 44 ke DG 48 bukan 8-10 tahun baru boleh apply DG 48 ? baru 5 tahun jer kan … boleh lepas jawatan tapi biarlah ada pelapis atau buat sistem giliran antara 2 orang guru PSS baru tak boring

    Terpulang kepada sekolah … kenapa tak fight luar norm ? rugilah kalau cikgu tak minta luar norm .. pekeliling dah ada. Gunakan hak cikgu

  3. Kak Jan /

    Sistem giliran tu apa, ada 2 cikgu PSS ke. Boleh ke ada 2 guru pss, akak sekarang mengajar 12 waktu. Luar norm tu pernah dengar, tp tak faham sgt. Maksudnya mengajar 8 wktu ke atau tak mengajar lagsung.. Masalahnya ramai ckg menolak jadi guru pss, sebab beban kerja yang entah apa-apa. Pengetua pun bukan faham sangat bidang tugas guru pss, dia tau nak cantik dan ceria fizikal saja. Kenapa la kementerian tak hantar pegawai yang ada kelayakan library sains datang kerja kat pss tu, habis cerita. Boleh ke nak fight2 ni, siapa nak dengar cakap kita. Kenapa PPD atau JPS tak hantar surat pekeliling tu, pengetua tak main la surat dari internet, bukan ada cop mohor pengarah pun. Takkan la akak nak buat surat lantikan diri sendiri. Macam ada yang tak kena je dengan sistem pengurusan pss petaling ni. Masa di klang dulu, semuanya ada surat hitam putih. Kebanyakan ckg pss di petaling ni macam amatur je, di klang ramai pro kan? Setuju tak? Akak belajar buat fail nilam pun dengan Nahar di Telok Gadong, baru faham. terima kasih kerana reply.

  4. admin /

    Boleh selalunya AJK Guru PSS lah .. tapi yang dapat luar norm hanya satu orang sahaja.

    Surat daripada internet tu surat daripada Kementerian Pendidikan pekeliling 2003 tandatangan Ketua Pengarah lagi. Rujuk ruangan download. PKG Telok Gadong pun ambik daripada sumber yang sama. (Pekeling tu siap berwarna lagi … print guna printer colour)

    Lantikan guru PSS kan ada secara online ? cikgu download isi dan hantarkan kepada kami di PKG.

    Maaflah di daerah Petaling cikgu tak boleh nak bandingkan dengan daerah lain yang mana nisbah PKG 1: 20 buah sekolah berbanding kami PKG 1 : 84 bagi Puchong dan PKG 1:121 buah sekolah di Subang Jaya. Pegawai pula hanya 4 orang nak menjaga 205 buah sekolah.

    Kami cuba buat secara online ialah supaya cikgu tak perlu buang masa dan duit tol serta minyak nak datang ke PKG hanya untuk surat tersebut. Jimatkan ?

    Cikgu PSS Petaling amatur ? Untuk pengetahuan cikgu Pn Rosemary JU Petaling PSS mempunyai kelulusan Master dalam Program Nilam dan ramai lagi yang pakar.

    Kalau nak kami boleh gunakan surat kuasa PPD untuk panggil cikgu tapi tak berclaimlah .. cikgu nak mana satu ? Yang mudah ker yang payah. Jangan mudah menuduh sesuatu tanpa fakta yang kukuh … jika cikgu nak meminta sesuatu pastikan cikgu tahu hak-hak cikgu yang sebenarnya.

    Jumpa pengetua bawa pekeliling tersebut dan isi borang maklumat Guru PSS dan hantarkan kepada kami atau PPD untuk kelulusan. Kalau cikgu tak buat semua tu macam mana kami nak bantu cikgu … pastikan fail meja Guru PSS cikgu ada tunjuk pada pengetua … Insyallah mana-mana pengetua akan faham. Kalau dia nak cantik buat dan buktikan … baru dapat apa yang cikgu minta

  5. CikguSha /

    “satu mesyuarat atau bengkel pendek mengenai bengkel ini pada 23hb Julai 2009 di PKG Puchong. Surat panggilan akan diuruskan oleh PPD masing-masing.”

    Kenapa saya tidak dapat surat panggilan lagi? Petang tadi saya call PKG Puchong, yang angkat telefon tu pun seperti tidak tahu apa2. Mesyuarat ada ke tak besok??

  6. admin /

    Memanglah tak dapat sebab PPD tak nak luluskan surat pada 23hb nie … dia tolak ke 27hb.

    Satu lagi yang angkat telefon tadi En Razif (Juruteknik Komputer) baru bertugas di PKG … memang dia tak tahu apa-apa sebab baru 2 minggu bertugas.

    Jangan marah … baca artikel bahagian GPM boleh kami dah bagitau lah http://pkg-petaling.net/v1/2009/07/21/mesyuarat-ju-pss-ditunda-tarikh/

  7. maksu /

    1) boleh tak ada 2 orang guru hadir untuk kursus 35 jam PSS ni? Saya bertanyakan untuk pelapis saya ni.

    2) hari tu saya dah hantar borang perlantikan GM tapi tak da apa apa berita pun. sangkut kat mana?

    3) sekolah yang mempunyai 1000 pelajar boleh minta pembantu perpustakaan kan? kalau boleh kenapa tak ada surat makluman daripada pkg/ppd berkenaan hal tersebut.

    4) Sakit kepala la jadi GM ni. Tak da ka insentif ke atau kita treat GM-GM Petaling pi lawatan?

    • 4) Sakit kepala la jadi GM ni. Tak da ka insentif ke atau kita treat GM-GM Petaling pi lawatan?

      boleh…… silakan buat tabung yea XD…

      • Ada .. tahun nie kita pi … duit berkepuk tapi kes dahulu ada orang pi report kat BPR (SPRM) tu akaun Petaling “sangkut”. Tak tahulah siapa yang cuba ainaya pengurusan terdahulu.

        Harap kali ini lebih transparent lah. Best jugak jalan-jalan .. pi Bali ? (tak leh katanya ada bom) cadangan ?

      • Kami on jer … cadangkan tempat .. kita pergi … kami akan usahakan

        Tahun ini tahun kami bangkit kembali .. 2010 azam baru. PKG Petaling (Subang Jaya dan Puchong) ada yang dah kenal bukan ?

  8. admin /

    Jawapan :

    S1 : Seorang sahaja satu sekolah, Jangan bolot sebab budget kena potong.

    S2 : Kelulusan meluluskan Jawatan CIkgu PSS ada PPD dan Jabatan, Pihak PKG sentiasa memperjuangkan perlantikan Guru GPM. Kalau PPD tak lulus kita majukan melalui BTPN Selangor ke Jabatan.

    S3 : Kelulusan penjawatan adalah tertakluk kepada pihak JPA (KPM membekalkan tenaga kerja cikgu sahaja). Macam kerani PT sekolah mereka dibawah bidang JPA.

    S4 : Boleh buat lawatan … aktif sebagai JU dan sentiasa majukan PSS … baru-baru kita hantar melawat ke Kelantan baru-baru ini bagi sekolah yang ada harapan untuk PSS cemerlang.

    Harapan PKG biro-biro jika boleh aktifkan balik … PKG ada peruntukan untuk aktiviti. Tapi ada beberapa perkara PKG tak dapat atasi tanpa bantuan dan kerjasama anda.

  9. CikguSha /

    Sala,
    saya terpilih untuk menyertai kursus asas 35 jam pada minggu hadapan tetapi kenapa surat panggilan tak sampai lagi kat sekolah saya?

  10. CikguSha /

    Salam,
    saya terpilih untuk menyertai kursus asas 35 jam pada minggu hadapan tetapi kenapa surat panggilan tak sampai lagi kat sekolah saya?

  11. admin /

    surat ada .. dah di masukan ke peigon holes sekolah masing-masing … tak dapat ? Besok cikgu boleh download surat daripada laman web ini

  12. CikguSha /

    Saya baru dapat surat yang difakskan oleh PKG Puchong pagi tadi.
    Terima kasih banyak2..

  13. Kavita /

    Salam,
    saya terpilih untuk menyertai kursus asas 35 jam pada minggu hadapan tetapi kenapa surat panggilan tak sampai lagi kat sekolah saya?

  14. Kavita /

    thank you

  15. peminat pss saja nak amik tahu /

    saya saja lawat sini… napaknya admin sini bagus, cekap, peka dan mberi informasi yg tepat. tahniah, teruskan.

    guru suka cari info

    • Terima Kasih …

      cuma kami nak respon daripada cikgu .. apa yang boleh kami masukan ke dalam web ini. Maksudnya pengisian info.

      Saya tahu di Petaling kebanyak gurunya ialah wanita 80% lelaki dah pupus ! so kalau boleh maklumat sampai di golongan sasaran tu tepat !

Trackbacks/Pingbacks

  1. PPD Petaling Utama » Bengkel Asas 35 Jam PSS - [...] Pihak PKG akan menguruskan surat panggilan tuan-puan melalui PPD masing-masing. Untuk senarai nama peserta bengkel cikgu-cikgu bolehlah melayari laman ...

Leave a Reply