Web Baru PPD Petaling Utama

May 27, 09 Web Baru PPD Petaling Utama

webtab

Pihak PKG Petaling dengan berbesar hati membantu PPD Petaling Utama menukar wajah web mereka kepada yang lebih menarik dan simple. (sebenarnya permintaan nie datang daripada en Yahya memandangkan arwah Roslan Sadry tak sempat nak bagi kata laluan)

Ok kami bantu setakat mana termampu dengan ilmu yang ada pada PKG Petaling. Siap daripada kerangka asas … maklumat mungkin belum lengkap tapi yang penting mesej yang disampaikan harapnya jelas dan difahami oleh pihak sekolah.

Harap pihak sekolah dapat mendapat manfaat daripada sistem penyampaian yang terbaru. Amat mudah nak digunakan hanya tinggalkan komen pada ruangan bawah setiap berita untuk pertanyaan. (forum leceh nak kawal sebenarnya)

Oh lupa nak cakap URL web baru PPD Utama ialah www.ppdpu.net

36 Comments

  1. ali bakar /

    macam tak bleh masuk je laman web ppdpu

    • admin /

      sebenarnya saya bantu buat tu hosting server dah nak expired … cuba nak hidupkan balik tapi PPD cakap nak pakai server Jabatan Pelajaran Selangor … kami pun dok tunggu

  2. haizar ruzman /

    nak senarai kakitangan n eksekutif PPD Petaling utama.. mana nak korek ek?…

    • tunggu lah en Yahya (unit ICT dan Data) tengah buat … agaknya dalam proses kot ? kenapa ?

  3. awisynur /

    Salam, saya baru pindah PJ…ada degree n pernah mengajar kt sek swasta sblm ni..sy nk apply Gstt..nak amik borg kat ner?

    • Borang GSTT selalunya awal tahun (mohon di sekolah) .. cara lain tunggu iklan daripada PPD. Tak pasti tapi ada surat siaran di PPD bila ada penjawatan nak di isi. Semoga berjaya

  4. hai semua saye dari sks11kd cikgu cikgu sye baik sahaje saye nak jadi guru…

  5. Hi, nak tanya bila keputusan rayuan untuk penempatan ke sekolah menengah bagi murid-murid tingkatan 1 tahun 2010 akan diumumkan.

  6. YNZ Gemilang Enterprise /

    Kami dari syarikat bumiputera yang membuat rubberstamp, name tag dan supply alatan tulis.Ingin tahu dengan siapa kami dapat berjumpa. Syarikat ini berniaga di kelana jaya. terima kasih.

  7. salam..saya nk tny ppd petaling utama ada buat lagi tak walk in interview untuk gstt..?kwn sy intrvw ms bulan 11 ckp hari tu ada buat…sy nk sambung dkt area petaling..sblum ni dkt kL.

  8. boleh ke gpm baru yang dilantik pengetua di kalangan guru DG44. Kalau gpm dah berada di gred DG44 boleh ke meneruskan tugas sebagai gpm di tempat baru

    • boleh tiada masalah .. cuma jawatan GPM tidak boleh dipindahkan ke sekolah baru .. pengalaman boleh.

      Maksudnya jika ada kekosongan pada sekolah baru guru GPM yang berpengalaman paling layak. Terpulang pada budi bicara pengetua atau pentadbir sekolah

  9. cm ner nk check permohonan pertukaran pelajar ke sekolah baru??

    • Maaf Nafis … itu luar bidang pengetahuan dan kuasa kami. Nafis boleh check di laman web mereka. Rujuk senarai pautan web dalam website PKG dibahagian atas ok ?

      Kat sini (Petaling) ada dua PPD

  10. banyak perkataan dalam web ini sy lihat terlalu pasar.

    ini web untuk remaja ke?

    • Kami cuba mengelakan dan mengurangkan bahasa yang terlalu “skema” sebab cikgu-cikgu dah terlalu stress.

      ya kepada en aku … boleh berhati-hati mengeluarkan komen yang ada unsur-unsur racis dan menghormati agama lain ?

      Apa maksud komen awak di laman web PPD

      kenapa mesti ada smk katholik? lepas ni ada pula smk buddha??, smk hindu??

      • Kerajaan melaungkan 1 Malaysia untuk apa? Sekadar untuk populariti? Tentulah tidak. Jika tidak, kenapa sekolah mesti diasingkan? Sepatutnya sekolah disatukan menjadi SMK sahaja. Atau jika memang mahu diasingkan, maka pelajar Islam haruslah diwajibkan memasuki sekolah agama, pelajar hindu masuk smk hindu, dan seterusnya. Untuk apa wujudkan sekolah yang berbilang agama walhal kerajaan menyeru untuk 1 Malaysia?

        • itu en boleh tanyakan di laman web 1Malysia.com

          atau twitter ke Perdana Menteri … kami tak pandai nak berpolitik.

          Dalam dunia nie Tuhan jadikan manusia pelbagai … untuk saling menghormati dan kenal antara satu sama lain. Bukan hendak mencari pergaduhan dan perselisihan. Jika tak mungkin Tuhan tak berikan kita akal bukan ?

  11. martabat cikgu haruslah dijaga, web ppd berurusan dengan ramai pihak . Jika dr pihak web itu sendiri tidak memartabatkannya, maka jangan marah sekiranya ada pihak luar yang tidak menghormati anda.

  12. Noraini /

    salam..
    Nak tanya macam mana nak tau permohonan guru gstt saya
    dah temuduga haritu tp belum dapat jawapan,

    • Permohonan Guru GSTT tertakluk kepada PPD … kami di PKG hanya menguruskan latihan guru sahaja. Mungkin keputusan temuduga pada tahun ini agak lewat sedikit.

  13. Assalamulaikum:

    Saya igin meltakkan jawatan sbg GPM kerana:
    1. Mengajar Tingkatan 6 sejak 2007
    2. Mulai tahun ini saya akan mengajar K1 dan K2 yang berjumlah 20 waktu seminggu

    Apakah prosedur yang perlu dipenuhi?.. saya dah hantar surat kpd pengetua..tengah dipertimbangkan

    • Tiada prosedur .. hanya pihak sekolah kena buat lantikan baru dan mohon semula penjawatan luar norm.

      Ada pelangaran pekeliling fasal luar norm untuk Guru PSS nie. Rujuk artikel terbaru kami dan pekeliling ini.

      Kali ini jemaah nazir membuat teguran atas ketidakpatuhan sekolah atas pekeliling sebelum ini.

  14. salam.
    camana nak taw tempat mesyuarat MTQ mlalui online??tlg beritahu jwapn dgn sgera ye.
    thanx.

    • Hal berkaitan MTQ katanya ada perubahan memandangkan budget yang dipotong oleh KPM. Hanya 4 pertandingan dibuat dan anjuran adalah mengikut PPD. Sila berhubung dengan Ustaz Abdullah (PPD Petaling Perdana) dan Ustaz Amin (PPD Petaling Utama)

  15. salam…

    saya nak tanya, bila pengawas peperiksaan SPM 2009 akan dapat elaun perjalanan yang dijanjikan.. keputusan spm 2009 dah dapat.. tp duit tak dapat lg.. saya tak apa2 pun…

  16. salam.

    keputusan spm 2009 dah dapat.. sy nak tanya elaun pengawas peperiksaan spm 2009 bila bleh dapat?

    • Makluman kepada semua Petugas Peperiksaan SPM 2009.

      Semua tuntutan berkaitan Peperiksaan SPM 2009 bagi semua daerah sedang diproses secara satu persatu kecuali bagi Daerah Sepang dan Hulu Selangor.Dijangka kesemua bayaran akan selesai menjelang hujung bulan April kerana peruntukan tambahan baru diterima daripada LPM. Diharap semua cikgu yang terlibat dapat bersabar.

      Sumber drpd JPNS (Unit Kewangan)

  17. cikni /

    Bilakah agaknya borang bagi permohonan GSTT bagi pengambilan 2011 akan dikeluarkan?

  18. tahun ni , Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Daerah Petaling Utama 2010 , tidak diadakan ke ?
    atau pon peringkat negeri Selangor ?
    tak syok la .

  19. klu ada kerosakan peralatan ppsmi nak lapor kat mana? guru ICT sy kata tak sama.

    • admin /

      Jangan tanya guru ICT .. tanya kepada kami … sebab tender tu dikeluarkan oleh KPM melalui BTP

  20. cikmat /

    salam, nk tny ni…
    cmne nk tau sklh2 y kurang/perlu guru kt area puchong n kelana jaya?

  21. Wsalam … boleh ke http://www.guruganti.net untuk mengetahui sekolah mana hendak guru ganti

Leave a Reply