Kerja Kosong untuk Direbut

May 11, 09 Kerja Kosong untuk Direbut

kerjakosong1Kami menerima email daripada Pn Badariah Ahmad KPP PPTP mengenai Temuduga Terbuka(Walk-in Interview)

Tuan/Puan,

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa, di bawah pakej rangsangan/Mini Budget, KPM
telah menerima sejumlah peruntukan untuk mengambil lebih kurang 800 orang bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertujuan untuk membantu mereka yang menganggur.

3. Terdapat 3 kategori jawatan yang ditawarkan iaitu:

3.1 Jawatan : Pegawai Tadbir Kontrak
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda dan Kepujian dalam BM
di pkt SPM
Umur : Tidak kurang 21 tahun dan tidak lebih 58 tahun
Tempoh Kontrak : I Jun 2009 – 31 Disember 2009
Gaji : RM2000.00 sebulan

3.2 Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir Kontrak
Kelayakan : Diploma/STPM dengan Kepujian dalam BM pada pkt
SPM
Umur : Tidak kurang 18 dan tidak melebihi 58 tahun
Tempoh Kontrak : 1 Jun 2009 – 31 Disember 2009
Gaji : RM1600.00 sebulan

3.3 Jawatan : Pembantu Tadbir
Kelayakan : SPM serta Kepujian dlm BM
Umur : Tidak kurang 18 dan tidak melebihi 58 tahun
Tempoh Kontrak : 1 Jun 2009 – 31 Disember 2009
Gaji : RM1200.00 sebulan

4. Kepada sesiapa yg ada anak, saudara atau jiran yang ingin
menghadiri temuduga terbuka ini, sila hadir ke pusat-pusat temuduga yang telah ditetapkan pada 13 Mei 2009.Sila bawa bersama sijil asal dan salinan sijil yang disahkan beserta 2 keping gambar.Sila layari laman web http://www.moe.gov.my untuk keterangan lanjut.

Sekian, untuk makluman semua.

Terima kasih

Badariah Ahmad
KPP PPTP

3 Comments

  1. Habis kontrak tu ada kemungkinan di sambungkan tak??

  2. admin /

    Ada 2 kemungkinan … kalau kritikal memang tak cukup selalunya dia akan convert terus.

    Tapi ini adalah projek suntikan 7 billion mini budget yang kedua. Harap dapat bantu siswazah yang baru keluar cari kerja.

  3. admin /

    Hang tulis buku erk ? sebenarnya keseimbangan EQ tu penting bukan pandai jawab soalan temuduga jer …

    Berapa ramai dah dapat kerja kerajaan lepas tu tensen … nak balik dok kampung lah … kerja banyak sangatlah. Contohnya http://pkg-petaling.net/v1/2008/10/18/kursus-penyenggaraan-komputer-dan-rangkaian-untuk-juruteknik-komputer-sekolah/ lagi … http://pkg-petaling.net/v1/2008/10/18/kursus-penyenggaraan-komputer-dan-rangkaian-untuk-juruteknik-komputer-sekolah/

    Nasihat daripada saya … bersabarlah .. kat luar sana masih ramai lagi yang kurang bernasib baik masih mencari-cari kerja

Leave a Reply