
Guru ERT mendengar taklimat
Hari ini satu bengkel pendek penggunaan Laman Web MyERT anjuran BTPN Selangor di bawah keleloaan Unit Media Promosi dan Inovasi.
Sebanyak 30 buah sekolah menegah Daerah Petaling Utama dan Perdana telah hadir untuk menyertai bengkel tersebut.
Adalah menjadi harapan kami dengan pembagunan MyERT secara berperingkat-peringkat dan komen daripada guru dapat memantapkan isi kandungan MyERT.
Untuk pengetahuan anda Portal MyERT ada satu-satunya portal yang menyediakan bahan-bahan untuk pembelajaran, video, kuiz dan pelbagai perkongsian idea antara guru ERT seluruh Malaysia (harapan kami masa hadapan). Kepada yang bukan guru ERT tapi nak belajar memasak atau menjahit anda di alu-alukan melawat malah mendaftar sebagai ahli untuk mendapat manfaat daripada laman web ini.
Untuk melihat laman web MyERT anda bolehlah mengunjungi URL mereka www.myert.net