Laporan STS dan SPPICTS

Sepertimana diketahui semua laporan STS hendaklah dibuat secara manual sehinggan bulan Jun ini. Pihak PKG memandang serius terhadap permasalahan makmal komputer, malangnya laporan yang sampai kepada kami tidaklah sebanyak mana yang diharapkan.
Pihak PKG akan memanggil semua guru yang berkaitan mengurus kad harta modal (Penyelaras Makmal ICT dan Penyelaras PPSMI) untuk datang menghantar laporan manual bertulis yang sudah disahkan oleh GB/Pengetuan masing-masing.
Semua sekolah wajib menghadirkan diri untuk tujuan tersebut termasuk juga guru yang mengisi data SPPICTS yang belum lengkap. Berikut ialah tarikh dan tempat perjumpaan tersebut
- Tempat : BTPN Selangor
- Tarikh : 23 April 2009
- Masa : akan diberitahu kelak
Surat kebenaran PPD akan dikeluarkan. Guru atau wakil sekolah yang gagal hadir akan diminta surat tunjuk sebab








Jangan Lupa bawa laptop yang ada WiFi ! dan borang STS yang telah disahkan pada hari tersebut … ok ?
BORANG STS = BORANG LAOPORAN MASALAH ICT KE… ATAU KEW. PA 2
sama ler tu … sorry kepada sekolah yang dah isi sts online korang bukak tiket tu balik dan klik pada tiket dan eksport tiket kepada PDF.
Print yang tu dan sila copkan pengesahan Pentadbir Sekolah. Sebenarnya STS tu KEW-PA.9
baek laah…barulah teman paham. teman yg menurut perintah..
Borang KEW PA-9 selepas didisi kena hantar pada siapa dan apakah alamatnya
Hantar kepada PKG yang terhampir dengan sekolah … Sebagai contoh PKG Puchong adalah kebanyakan kawasan PPD Perdana dan PKG Subang Jaya adalah sekolah dalam kawasan PPD Utama
Terima kasih bnyk2 admin….. Sy dah submit laporan kerosakan kepada PPD ( Unit ICt ).. Nanti sy akan buat salinan kepada PKG… Dlm sts online, sy cuma isi notebook PPSMI yang dah luput jaminan.. ( FAsa II )… Sy cuba ambil tindakan dgn arahan ini…. terima kasih… YG MENURUT PERINTAH
saya nak tanya…aritu saya da isi STS ni…tapi napa semua data dah takde ye? so saya kena isi balik ke?
Pihak BTP bahagian STS telah memadamkan data tersebut … kalau hendak balik maklumat tersebut cikgu bolehlah menghubungi pegawai Liew Fook Sin email terus beliau di fooksin@moe.edu.my
Tanya dia terus dan berikan maklumat sekolah cikgu.
ok terima kasih admin dgn maklumat yang diberikan