
Kepada semua sekolah daerah Petaling satu Taklimat dan Bengkel Penyelengaraan ICT 2009 akan diadakan di Dewan Merpati, BTPN Selangor (belakang bagunan PPD Perdana).
Taklimat ini akan dijalankan seperti berikut ;
Fasa 1
- Pada : 4hb Mac 2009 (Rabu)
- Kumpulan : Sekolah-sekolah daerah PPD Utama sahaja
- Masa : 2.00 petang – 5.00 petang (anggaran sahaja)
Fasa 2
- Pada : 5hb Mac 2009 (Khamis)
- Kumpulan : Sekolah-sekolah daerah PPD Perdana sahaja
- Masa : 2.00 petang – 5.00 petang (anggaran sahaja)
Kepada sekolah yang menghantar laporan kerosakan online kami ucapkan terima kasih. Bukan takder tindakan … tapi belum ada peruntukan dan saluran yang betul. Taklimat dan bengkel ini akan menjelaskan segala-galanya masalah yang kita hadapai serta tindakan yang boleh dilakukan pada tahun 2009.
Pada tahun nie (2009) pihak KPM telah mengalihkan sumber pembaikan peralatan ICT daripada JPS kepada pihak BTP selaras dengan peranan BTP yang terkini iaitu memantapkan kegunaan ICT di sekolah. Hanya perlatan ICT sahaja akan dibaiki (bagunan, pendawaian elektrik, selenggara bagunan dan peralatan perabot berkaitan Makmal Komputer masih di bawah Jabatan dan PPD unit Pembagunan) BTP-PKG hanya akan melayan kerosakan peralatan ICT sahaja.
Untuk peralatan sumbangan sila daftarkan harta modal (KEW 312) dan mendapat kelulusan KSU Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dimasukan dalam skim ini. (Tiada bukti dan kelulusan KSU borang KEW 312 adalah tidak sah untuk penyelengaraan ICT ini)
Sila bawa laptop dengan kemudahan wifi semasa taklimat tersebut (bawa wayar extentions sekali). Segala pertanyaan lanjut anda boleh kemukakan semasa taklimat tersebut nanti.














[...] dan masa penyelengaraan makmal komputer Petaling (cadangan) Korang boleh dapatkan CD installer masa taklimat ICT 2009 pada 4-5 Mac [...]