Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Semoga negara kita aman dan makmur … apa yang admin harap tahun nie ? Bonus lah … tunggu belanjawan sebab PM kita cakap KDNK dalam negara sampai 8 peratus. Harap ada ler siket habuan yer tak sebab tahun lepas tak dapat ?
Meh ler kita tengok logo kemerdekaan baru tahun ini.
- Tema : Perpaduan Tetas Kejayaan (nampak atas logo tu … senang)
- Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.
- Tiga ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
- Tiga rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
- Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Apa-apa pun maksudnya kita mengharapkan Malaysia terus maju selepas merdeka selama 51 tahun.



Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!
You must be logged in to post a comment.