Berita Harian : Oleh Mohamed Farid Noh
Kementerian Pelajaran perlu sedia garis panduan standard elak tekanan selepas latihan
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) semalam mempertikaikan tindakan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang mewajibkan latihan dalam perkhidmatan kepada guru pada setiap Sabtu.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata Kementerian Pelajaran seharusnya menyediakan garis panduan standard dan lebih khusus supaya tiada tekanan diberikan ke atas guru supaya menghadiri latihan berkenaan.
Katanya, panduan itu perlu supaya semua pihak, terutama pengetua mematuhinya dan tidak tersalah tafsir sehingga guru menderita kerana terpaksa kembali ke sekolah selepas lima hari bekerja.
“NUTP tidak pernah menentang latihan dalam perkhidmatan kerana kami mengakui ia adalah antara langkah terbaik mempertingkatkan kedudukan guru.
“Apa yang dikesalkan adalah bukan saja latihan itu diadakan pada setiap Sabtu, malah guru pula diminta untuk membuat buku log sebagai bukti pembabitan mereka dalam kursus itu. Tindakan ini tidak wajar, menambah tekanan dan seolah-olah guru tidak boleh dipercayai,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat NUTP, di sini, semalam.
Lok berkata, guru bukan mahu bersikap mengada-ngada seperti didakwa sesetengah pihak, tetapi ramai tidak menyedari profesyen guru yang penuh tekanan menyebabkan jumlah guru yang menghidap penyakit serius akibat stress semakin meningkat.
“Ini terbukti dengan statistik setiap tahun yang mana pada tahun lalu saja 125 guru menghidap pelbagai penyakit serius antaranya penyakit jantung, tekanan darah tinggi serta kanser dengan nilai tuntutan insurans RM5.2 juta dan ada antaranya disebabkan tekanan.
“Sehingga Jun tahun ini saja, 38 kes guru menghidap penyakit serius akibat tekanan direkodkan membabitkan nilai tuntutan insurans RM2.1 juta. Statistik ini amat membimbangkan. Berbanding pada 2006, 106 kes guru menghidap penyakit dengan tuntutan insurans RM4.7 juta.
“Guru bukannya meminta simpati tetapi mahu semua pihak memahami tanggungjawab guru kini semakin mencabar,” katanya.
Beliau berkata, latihan dalam perkhidmatan harus dipermudahkan bagi menjimatkan kos daripada membiarkan guru menumpukan pada kuantiti iaitu mencapai sasaran 42 jam bagi mendapatkan peluang kenaikan pangkat.
“Ini kerana NUTP menerima banyak aduan ahli yang mengadu kursus atau seminar yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) atau kami sendiri tidak diterima sebagai latihan dalam perkhidmatan.
“Guru juga sepatutnya diberi peluang untuk memfokuskan diri terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar dan bukannya dibebani dengan masalah yang merumitkan tugas mereka,” katanya.
terima kasih kepada NUTP keran mengsmbil tahu hal seperti ini. tidak dinafikan tugas guru semakin mencabar dan susah ekoran kerja yang tidak sepatutnya kami buat
Baguslah ada persatuan … patut guru dapat elaun kerja lebih masa.
emm,tq to NUTP sebab prihatin dengan nasib guru-guru.macam saya tiap-tiap minggu ada saja aktiviti di sekolah.suami saya dah tak boleh nak cakap apa…NUTP perlu lakukan sesuatu….kesian suami-suami yang ditinggalkan si isteri
tq 4 nutp. namun begitu masih ramai guru belum seadr dan berminat menjadi ahli persatuan tak kiralah nutp atau sebagainya. hanya menumpang tuah perjuangan orang lain. mahukan nutp bertindak itu dan ini.
to jayd – anda mahu nutp bertindak.. adakah anda sudah mendaftar menjadi ahli. Nutp akan bertindak sekiranya ahlinya terlibat.sila buat laporan kepada nutp jika anda ahli nutp.hak anda perlu diperjuangkan.sekiranya belum daftarlah menjadi ahli.
to profdin dan admin – anda bagaimana?? sudah menjadi ahli?
- ahli berdaftar 117988
dear psiko,teman dah lame mendaftar sebagai NUTP.
bagus..
apa lagi mengadulah di http://nutpkini.blogspot.com
atau di http://www.nutp.org
semoga perjuangan anda terus menjadi iktibar guru-guru di Malaysia.
Tolong jangan adakan aktiviti pada har Sabtu. Ini sangat membebankan cikgu yang ada lain komitmen pada hari tersebut seperti guru PJJ yang kena hadiri kelas di pusat belajar msing-msing.
to sk..
anda meluahkan perasaan pada siapa ? pada kami ke.. kami tak mampu membuat tindakan, bagus anda berunding dgn pentadbir sekolah anda. kalau tak silap guru-guru yg membuat PJJ ada alasan utk tidak hadir kerana mereka ada perlepasan cuti 30 hati, itu pun jika mereke memohon PJJ melalui kementerian.
sk saya galakkan anda mendaftar menjadi ahli KPPK @ NUTP dan mengadulah jika ada masalah dgn pentadbir. itu pun jika anda di pihak yg benar.apa guna jika anda menjadi ahli, jika anda tak menggunakan hak anda sebagai ahli.
saya juga cukup tension dan jadi sakit jiwa bila sekolah saya mengadakan program tiap sabtu, dahlah tu balik sekolah tiap hari pukul 2.40 petang masuk sekolah jam tak boleh lewat 7.25 pagi. Tiap khamis lepas sekolah kena hadir meeting, cakap perkara yang sama, kalau lawan ke cakap ke pengetua saya kerjanya mengugut kami para guru. Jadi kami jadi ‘ Yes man’, buat kerja macam sakit jiwa. Mengapa kami diugut dan pengetua ambil peluang untuk dapat nama.
Harap NUTP perjuangkan tentang kerja ari sabtu. Setiap kali disuarakan pada pentadbir ada-ada saja pekeliling yang mengatakan kerja pada ari sabtu dibolehkan sebanyak 2 kali seminggu. Betul ke ????
to all friend @ misa –
Pelaksanaan bekerja pada hari Sabtu itu terdapat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005. Sekolah boleh menggunakan hari Sabtu dengan syarat tidak melebihi dua kali Sabtu sebulan.
to all nutp @ kppk members –
Sekiranya kedapatan sekolah menggunakan lebih daripada dua kali Sabtu sebulan laporlah kepada cawangan NUTP negeri anda. Manakala, guru wajib menghadiri sebarang kursus anjuran sekolah untuk mencapai tempoh berkursus 42 jam setahun. Hal ini seperti mana dalam Kad Pelaporan Kursus KPM.
Harap maklum.
Wahai guru2,
Apakah janji anda sewaktu memohon pekerjaan menjadi guru? Janji manis yang bermain di bibir sahaja. Tiada langsung niat ikhlas untuk berbakti dan beroleh ganjaran pahala di akhirat. Kenapa guru zaman dulu sentiasa dikenang oleh masyarakat dan murid? Keikhlasannya yang membuatkan mereka dihargai. Guru sekarang? … Mata duitan. Kalau dulu anak2 guru berjaya kerana rezeki yang diberi oleh ayah mereka adalah rezeki yang datang dari hasil titik peluh dan kesungguhan bekerja. Tapi… anak2 guru sekarang….. hapah tak jadi apa bagi guru-guru yang terlalu berkira tentang masa bekerja.
Sudah sampai masanya diimplementasi kompetensi guru berdasarkan kebolehannya seperti di negara barat. Semakin kompeten seseorang guru itu semakin tinggilah gaji yang diperolehnya. Macam mana nak kompeten? Pergi kursus sendiri bagi meningkatkan ilmu. Pulak tu kena guna duit sendiri. Tak ada subsidi untuk kursus yang rata2 guru2 sekarang malas nak pergi kursus. Baru padan dengan muka.
Guru-guru di Malaysia sekarang terlalu manja dan mua….. semuanya nak disogok. Gaji nak tinggi tapi kerja, haprak. Bukan benci guru tetapi saya juga guru. Sikap guru sebegini yang mencemarkan imej guru-guru yang berdedikasi. Guna platform persatuan semata2 untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Saya juga ahli KPPK. Sedarlah wahai guru2 yang pemalas, halalkan rezeki yang diterima dengan tidak terlalu berkira masa dan tenaga. Kalau suami sibuk merungut ditinggalkan, saya juga ada isteri yang juga guru. Tak merungut pun.
Guru sekarang rasa selesa kerana tujuan jadi guru kerana kerja guru separuh hari.
Saya rasa seperti terhina kerana saya seorang guru tetapi ada guru2 yang terlalu berkira dalam bekerja. Kalau nak sakit, tak kerja guru pun boleh dapat sakit. Orang yang tak bekerja pun boleh dapat sakit. Oleh itu fikir2lah sedalam2nya dengan muhasabah diri.
Wassalam.
Agak-agaknya sapalah yang mengajar dan membentuk specis-specis guru-guru nie jadi macam nie ?
Korang nak salahkan sapa ? aku dok kat PKG nie pun kekadang pening melayan permintaan claim perjalanan … memang takder kalau aktiviti PKG … kami hanya ada peruntukan makan sahaja.
Kat sini kita dapat tau yang mana betul2 minat jadi guru … kekadang tu bolehlah kami usahakan dengan PPD untuk claim …. tu pun kalau ada peruntukan lebih
Bilakah guru sambung belajar lantikan 1998 ke DG41 akan menerima surat pelantikan ke DG44 ? Apakah hanya denga jawapan tunggu dan lihat ? Golongan guru ini akan menghadapi kerugian dari segi :
1. Bonus tahunan
2.Peluang untuk menduduki PTK
3. Peluang untuk kenaikan pangkat
To Alina. Sabarlah tunggu surat lantikan tu. Akak dulu 17 tahun dalam dg41 baru dapat surat lantikan dg44. Sebabnya kerani tak faham kerja dia, pengetua tak pantau orang bawah, asyik dok nampak silap cikgu je. yang jadi mangsa kita. Dah dapat surat tunggu tunggakan gaji pula betahun-tahun, sampai la akak berpindah sekolah. Nasib baik kerajaan tak bagi bonus masa tu, kalau tak memang rugi. Tapi bila diumumkan gaji baru, akak naik gaji juga, tapi masih dalam dg41. tahun lepas dapatlah tunggakan, belas-belas ribu tau, boleh tempah honda city!!!! so, sabarlah ye, doalah biar panjang umur dan dapat merasa duit yang sememangnya hak kita.
ramai guru yang berkira sekarang..lepas tu sibuk kira tunggakan gaji..sibuk dgn hal sendiri..sibuk berpolitik..makan duit kerajaan tapi tak sokong kerajaan yang memerintah…bila dapat bonus nanti suka la tu..macam-macam perangai pelik cikgu zaman sekarang..belum lagi buat perkara tak bermoral…ish ish..anak murid sekarang memang takleh harap kat guru-guru..kecuali guru-guru yang betul komited dan dedikasi..ikhlas dan sabar…kerajaan dah naikkan gaji cukup tinggi dah…
anis..hang bodek lebeh la..boring aku ngan orang camnie..guru dulu memang ok pasai murid pun ok tak macam murid zaman sekarang..hang pikiaq la sendiri…elok ler hang bagi semua keturunan hang jadi cekgu aku nak tengok baper kerat murid sekarang respek kat cekgu..pls jangan hipokrit…korang sendiri yang buat org tak respek kerjaya cikgu tau…
Betullah kerajaan naikkan gaji sebab zaman dah berubah, guru lama dan guru baru pun berbeza. Tahun 90an gaji guru start 1200 je, sama diploma sekarang. Tapi sekarang tengok, guru GSTT baru grad pun start 2000. Dulu sewa rumah 400, sekarang 800. Tak timbul soal kerajaan pemurah atau cikgu yang berkira. Yang penting kita kerja dibayar mengikut keupayaan ekonomi negara. Cikgu yang tak kisah dibayar berapa-berapa tu kita tabik spring………tapi janganlah mengata cikgu takleh harap, takkan cikgu nak merendah-rendahkan kaum guru sendiri. Kesian cikgu, kaum guru kutuk kaum guru sendiri, so kalau orang luar kutuk kita sapa nak bela kita. Agaknya cikgu anis tak pernah tahu, pegawai PTD yang masuk Jab Pelajaran, tahun ke4 dah dapat 44. So bandingkan dengan kak jan yang tunggu 17 tahun tu. Ikhlas di hati, bukan di bibir yer…..sayonara.
cikgu yang menuntut diberikan rehat hari sabtu bukan bermaksud malas dan makan gaji buta…jangan tuduh macam tu sebab bayangkan kalau setiap sabtu 2 atau 3 kali sabtu dalm sebulan macam mana…anak-anak nak jugak kena pantau kerja sekolah n kelas fardhu ain…ok..lepas tu kita tak boleh keluar sekolah dalam masa bertugas untuk urus anak pergi sekolah….mintak izin keluar kena marah atau tak bagi….keluar tanpa kebenaran kena surat tunjuk sebab so…ada cadangan tak ?
Kita patut berbangga menjadi guru. Biarpun dikutuk, dihina, dipandang rendah dan berbagai-bagai lagi tanggapan, kaum guru tidak patut patah semangat. Kuatkan semangat anda dengan memikirkan anak-anak anda. Anak-anak anda juga akan diajar oleh guru. maka kita jadilah guru yang terbilang, gemilang dan cemerlang. Hidup guru
Ok kalau semua nak berbincang dan nak berbahas … anda dijemput ke Forum PKG Petaling di URL berikut http://pkg-petaling.net/forum/
Bincang elok-elok ok ?
ikhlas kepada s
Saudara merupakan seorang guru. saya juga seorang guru. memang betul kata saudara guru malaysia manja dan berkira.. tetapi pernahkah saudara berfikir kenapa mereka jadi mcmtu.. zaman dah berubah saudara.. mungkin saudara berkata bergitu kerana saudara berada pada kedudukan yang selesa di skolah saudara.. ataupun saudaramerupakan seorang pentadbir yang kebanyakanya memerah untuk kepentingan sendiri.. guru2 dibarat hanya mengajar dan tidak melakukan sebarang kerja pengkeranian, perkhemahan, seminar, bawak budak bersukan dan sebagainya.. ada guru yang seminggu 4 hari(3.00-500) kena turun latihan sukan sepanjang tahun.. setiap sabtu ada aktiviti sekolah.. kadang2 ahad kena ke sekolah bersih makmal, susun peralatan.. pentadbir? dimana? dirumah bersama keluarga.. bersama anak bini.. kami bukan berkira ataupun mata duitan.. cuma kami mohon tugas sampingan kami diringankan.. guru harus mementingkan P&P.. kalau sabtu ahad di sekolah bila lagi guru nak buat persediaan mengajar.. kerja guru 24jam seminggu.. tapi janganla kata guru pemalas.. kami bekerja teruk.. silap sikit surat tunjuk sebab.. adakah ini balasan untuk kami… tidak kira rajin ke malas seorang guru untuk melakukan tugas sampingan yang penting p&p tidak diabaikan.. kita guru tugas kita mengajar & mendidik.. itu yang kita kena fokus..
maaf kalau ada yang terasa..
Maafla .. kami nie PKG Petaling bukan NUTP.
Walaubagaimanapun jika perkara diatas benar tuan/puan boleh mengemukakan bukti dan dokumen (rakaman dan gambar) untuk dilaporkan ke pihak berkenaan.
Jika sekadar email dan lontaran pendapat tanpa bukti yang kukuh perkara ini tidak akan kemana. Bertindaklah dengan bijak jangan ikutkan emosi … kepilkan bukti contohnya surat dan memo yang mungkin dapat menguatkan hujah aduan cikgu.
Selalunya perkara ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan hak seorang guru dan pentadbir. Boleh selesai dengan cara yang baik rasanya
Jelutong Barat, hantar kat sini aduan..
http://www.nutp.org/malay/contact_us.html
Terima kasih en Mohyeddin atas info anda
saya sangat susah hati dgn kerajaan yg mengambil hari cuti sabtu yang kiat melakukan aktiviti pd minggu pertama & minggu ketiga juga…sekian sampai hari ini,kebanyakan hari sabtu telah diminta oleh guru besar saya untuk pergi ke sekolah meeting!!!tetapi saya tak larat mengajar dgn profession lagi krn gb yang membuat begitu byk alasan mengikat kami ke sek!!!tolong
Bumi tuhan nie kan luas … pindah jer ke sekolah lain dalam Petaling … kan banyak lagi sekolah yang ok dan selesa.
Cari Guru Besar atau Pengetua Lelaki … Jarang lah dengar Pengetua atau GB lelaki yang mana cikgu komplain tertekan.
huhuhu.. makin panas….
luahan dan keprihatinan cikgu….
apapun harap bersabar serta membuat tindakan yang wajar demi masa depan kita semua bersama. jangankn keran nila setitik abis susu sebelanga.
zaman dah berubah, guru dulu n guru sekarang mmg berbeza, begitu juga pelajar dulu dan pelajar sekarang banyak perbezaannya. Kalau pelajar dulu nak pandang muka cikgu pn dah cukup malu dan takut, tapi pelajar sekarang cikgu lalu pn dia pandang sebelah mata. Jadi tak perlu rasanya nak beza-bezakan cikgu lama dan cikgu baru sbb mereka ada kelebihan masing-masing. Bukan ke bagus kalau kelebihan tu digabungkan untuk mendidik pelajar2 kita….