Kami Mohon Maaf
Pihak kami memohon maaf kepada guru-guru yang hadir pada hari ini (Kursus Tablet PC) yang telah ditangguhkan kerana arahan baru Jabatan baru-baru ini. Berita ini telah kami umumkan melalui web kami pada 19 Jun 2008 sila lihat post ini. Untuk mengetahui update kami secara terus sila langgan melalui sistem langganan email di sebelah.
Apa pun bengkel ini tetap berjalan juga pada masa hadapan, insyallah kami akan usahakan juga untuk cikgu. Untuk pengetahuan cikgu juga penceramah kita en Amin Shoib yang akan memberikan kursus ini telah dirompak semasa beliau sedang makan di Pizza Hut Taman Tun Dr Ismail. Beliau telah kehilangan Tablet PC beliau dan juga tas tangan isteri beliau. Cikgu boleh baca berita mengenai kejadian tersebut di sini. Dua orang pelanggan tidak disebut memandangkan mereka telah keluar membuat laporan polis.








Jadi bilakah Kursus Tablet PC ini akan diadakan? Saya harap kursus ini diadakan di satu tempat yang dekat tempat tinggal Amin Shoib yang kena rompak ini. Kesianlah Amin Shoib…