Kepada semua sekolah di daerah Petaling sila dapatkan empat buah poster dan tiga buah buku secara percuma untuk sekolah anda. Bilangan terhad untuk satu sekolah sahaja.
Untuk mendapatkan poster ini sila berhubung dengan PKG kawasan anda iaitu PKG Subang Jaya dan Puchong untuk mendapatkan barangan ini secara percuma. Tawaran ini sah selama sebulan, jika sekolah anda gagal mendapatkan dalam tempoh ini kami akan berangapan bahawa sekolah anda tidak berminat dan barangan ini akan diberikan kepada sekolah yang lebih memerlukan.