E-mail BTP bagaimana nak hack ? (Bhg 1)
Ok … ramai mengetahui bagaimana hendak menggunakan email BTP dengan menggunakan browser. Kat sini PKG-Petaling hendak mengajar anda bagaimana hendak menggunakan email BTP dengan MS Outlook atau menggunakan protokol POP3.
Kenapa MS Outlook ?
- Anda tidak perlu begantung kepada web browser.
- Menjimatkan masa. Download email dan baca kemudian tanpa perlu online
- Dapat syncronise dengan PDA
- SPAM filter
Tutorial
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum menggunakan MS Outlook ini.
Username : pkg_puchong@moe.edu.my
Password : ******
POP3 : mail.moe.edu.my
Incoming email : mail.moe.edu.my
Ini adalah contoh bagaimana hendak mengintegrasi email sahaja. Anda boleh mengikuti tutorial seterusnya di bawah ini. Ikuti sahaja petunjuk bergambar ini.
- Buka MS Outlook.
- Klik menu TOOLS – Account Setting – New
- Pilih Mirosoft Exchange,POP3,IMAP, or HTTP
- Klik Next dan tandakan kotak “Manualy configure server setting or additional server types”
- Pilih Internet E-mail dan klik Next.
- Satu borang atau form akan keluar dan isikan butiran seperti berikut
User Information
Your Name : Nama PKG
Email Address : pkg_puchong@moe.edu.my (contoh)
Server Information
Account Type : POP3
Incoming mail server : mail.moe.edu.my
Outgoing mail server : mail.moe.edu.my
Logon Information
User Name : pkg_puchong@moe.edu.my
Password : password email PKG
Jikalau berjaya sila tinggalkan komen anda dibawah dan kalau ada masalah sila tanya kami di sini. Jangan malu dan segan tinggalkan komen anda .. free jer …
rajah 1
rajah 2
rajah 3
rajah 4
rajah 5
rajah 6
rajah 7









Pada pendapat saya, lebih baik jika kita gunakan IMAP dibandingkan dengan POP3. Memandangkan email btp bukanlah milik individu (PTP DGA32, PTP DGA29 atau PT) jadi lebih baik gunakan IMAP kerana email diserver BTP masih boleh dibuka oleh rakan-rakan lain di PKG. Jika kita gunakan POP3, email tersebut semuanya akan didownload ke dalam PC individu pertama yang membukanya. Rakan yang lain tidak berpeluang membacanya.
Itu pendapat saya.
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Bakri
terima kasih tinggalkan komen …
ada pro contra guna IMAP dan POP3 nie … POP3 akan download email dan IMAP hanya download header sahaja (perlu online)
Tapi kalau dengan menggunakan options “more setting” pada rajah 5 bahagian tab advanced “leave a copy of message on the server” akan menyelesaikan masalah email daripada kosong di webmail. so user lain akan dapat lihat email tu.
so POP3 lebih baik kerana boleh baca semasa offline di rumah.
kalau dalam hanphone hanya HP yang ada GPRS dan kemudahan membaca email sahaja dapat mengakses email nie. Konfigurasinya sama sahaja … yang penting POP3 atau IMAP tu betul contohnya untuk mail BTP ialah ..
POP3 / IMAP : mail.moe.edu.my
Kalau HP saya cadangkan IMAP lah sebab dia akan download header sahaja. Walaubagaimanapun setting dalam HP untuk email saya tak dapat nak terangkan semua kerana lain model lain menunya. Rujuk manual HP di web pengeluarnya
Assalamualaikum….
Saudara admin…. Saya amat menyokong apa yang telah diutarakan oleh saudara admin. Walaubagaimanapun terdapat beberapa pilihan lain seperti gmail akaun yang memberikan storan lebih besar iaitu 5gb. Ia juga boleh menggabungkan beberapa e-mail serentak. Tapi ianya tak ler guna pop3.
Zaman dah canggih…. hehe… guna ler maxis / celcom broadband yang boleh bawa kemana-mana. Sampai ke kampung pun boleh masuk web lagi tu. Sambil cuti pun boleh melayari internet lagi. Sesuai ler dengan kerja tak kira masa……
Terima kasih….
Untuk pengetahuan memang admin guna MS Outlook untuk download Gmail ke dalam mailbox.
Caranya login ke gmail dan bahagian options klik allow POP3 untuk mendownload email. Termasuklah email OUM yang guna gmail.
Sekarang nie yang tak leh Yahoo jer. Kena bayar untuk POP3nya … kalau nak guna jugak ada emulator Yahoo untuk POP3 namanya YPops.
lawati web ini untuk download Yahoo emulator http://ypopsemail.com/